Saturday, 15 June 2013

DATUK WIRA IDRIS HARON KENA AMBIL YANG BAIK DAN BUANG YANG BURUK


TYT Tun Khalil Yaakub dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sangat bermurah hati untuk memberi pingat kebesaran Melaka kepada penjawat awam, ahli politik dan ahli perniagaan termasuk rakyat jelata yang berjasa.


`Based on market talk’ dan kata perli penyokong DAP PKR PAS, pengurniaan pingat ini diperkatakan dan diperlekehkan oleh rakyat Melaka sendiri bahawa Pembesar Melaka melakukan rasuah di dalam memproses permohonan mendapatkan pingat. Dalam bahasa puak pembangkang, Tun Khalil dan Datuk Seri Mohd Ali menjual pingat. Ada yang berteori yang pingat di tabur untuk mengenang jasa pemimpin UMNO yang mengundi pemimpin menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Persepsi dan tanggapan ini perlu di kikis di bawah KM yang baru.

Penulis menulis banyak artikel mengenai rasuah yang telah menyebabkan kemerosotan sokongan terhadap BN. BN parti orang tua dan parti korup. Dengan ledakan media sosial, kononnya rasuah untuk pingat, boleh dimainkan oleh Red Bean Army. Alangkan Yang DiPertuan Agong pun mereka berani menghina,ini pulak TYT dan KM.


Datuk Wira Idris Haron boleh ikut kerja keras dan rajin Datuk Seri Mohd Ali. Tarik pelabur dan perindahkan dan komersialkan produk. Hadiri kenduri kendara. Tetapi elaklah mengurniakan terlalu banyak pingat. Melaka dan Pahang berlumba lumba merebut tempat pertama di dalam pengurniaan pingat. InsyALLAH persepsi amalan rasuah akan hilang. Kembalikanlah nilai sebenar pingat kebesaran Melaka. 

No comments:

Post a Comment