Portal PDRM melaporkan YB Dato Husam Musa telah
ditahan PDRM jam 4 petang di Desa Pandan, Kuala Lumpur semalam (Sabtu).
Penahanan YB adalah di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataan beliau `mati syahid’
jika terkorban semasa Perhimpnan Blackout 505 di Padang Merbok 22 Jun 2013 (Sabtu).
Pada amatan penulis, YB Dato Husam berada di tahap
atau peringkat `declining stage’ di dalam `political life cycle’.
Jesteru itu, beliau perlu melakukan sesuatu untuk
rakyat mengambil perhatian kembali terhadap Dato Husam. Bagaimana hendak
`create attention’?
Sebelum inni, beliau `mencari jalan’ untuk tidak
bersempatan untuk angkat sumpah. Ramai orang kata beliau merajuk. Penulis pun
merasa begitu dan beliau kecewa tidak dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan.
Beliau bertambah malu apabila tidak diperkenan oleh Sultan Kelantan untuk
menjadi anggota EXCO.
Sebelum itu semasa PRU13, beliau menang di DUN Salor
tetapi kalah di Putrajaya.
Putrajaya adalah `attention creation’ bagi Dato
Husam. Kalau menang dulu, melonjaklah sahamnya. Apabila kalah, merundumlah
sahamnya setelah terlalu konfiden dengan kemenangan semasa berkempen.
Kini, beliau dengan gimik atau fatwa barunya. Sesiapa
yang pergi ke Perhimpunan Blackout 505 dan
terkorban, akan diklasifikasikan sebagai mati syahid fi sabilillah.
PDRM menambil tindakan keatas Husam kerana impaknya.
Penyokong dihasut datang ke padang Merbok untk mendapat pahala. Kemudian mereka
senantiasa menunggu mereka terkorban supaya dapat masuk syurga.
JAKIM atas nasihat Majlis Fatwa Kebangsaan perlu
bertindak atas Fatwa Salah atau Songsang itu.
Penulis rasa YB Dato Husam Musa semakin `in the final
stage of the declining phase of his political life cycle’.
Mungkin tindakan keluar Parti PAS dan masuk PKR salah
satu cara untuk mengeluarkan diri daripada `declining stage’.
No comments:
Post a Comment