Saturday, 1 June 2013

PIALA FA PAHANG vs JOHOR..TOK GAJAH DENGAN SANG HARIMAU


Malam ini (1hb Jun) 8.45pm di Stadium Nasional akan berlangsung perlawanan FA separuh akhir Piala FA diantara Pahang D.M dengan Johor DT. Perlawanan di adakan di Stadium Nasional ekoran daripada `rusuhan’ penyokong kedua dua pasukan ke dalam trek Stadium. Johor DT menang dengan agregat 1-0.

Kebangkitan dan minat bola sepak amat baik untuk sukan Negara dan setiap Persatuan negeri perlu melakukan `adjustment’ daripada segi keselamatan khasnya. Kalau dulu penonton amat kurang, mungkin 50 anggota keselamatan termasuk RELA sudah memadai. Tetapi sekarang mungkin 400 anggota keselamatan yang bertugas manakala 400 lagi stand by di Station masing masing.
Peristiwa di Pahang DM membawakan pelbagai rencetan. FAM mendenda Pahang RM100,000 manakalan Johor di tampar dengan RM20,000. FAM telah mengeluarkan arahan peningkatan cirri cirri keselamatan di semua venue perlawanan. Anggota keselamatan perlu dipertambahkan.
FAM terpaksa memilih Stadium berkecuali tetapi masih memberikan hak kepada Pahang DM menjadi tuan rumah. Ekoran daripada itu, daripada 80,000 tiket yang akan / sudah dijual, hanya 20,000 kepada penyokong Johor DT. Angka ini menyebabkan penyokong Johor DT marah kerana tidak adil. Menteri Belia dan Sukan mencampur tangan dengan kritikan supaya FAM berlaku adil.
Penyokong Johor DT harus faham. Semasa perlawanan pertama di Johor dahulu, tiket yang dijual kepada penyokong Johor, contoh 80 peratus. Dengan 80 peratus tiket daripada 40,000 jumlah kapasiti (contoh),Johor DT menang 1-0.
Atas dasar itu, di Stadium Nasional, peratus tiket yang dijual kepada penyokong Pahang mesti menggunakan formula yang sama iaitu 80:20 untuk Pahang:Johor. Jadi kita kena adil serapat mungkin. Yang mustahak, pasukan yang baik dan kurang membuat kesilapan akan menang.
Presiden PBNJ,Tuanku Ismail ada mencadangkan perlawanan diadakan tanpa penyokong atas faktor keselamatan. Tindakan ini boleh menyebabkan ketidakan adilan dan jika Johor DT menang sekalipun, penyokong Pahang akan `mempertikaikan’ keputusan perlawanan.
FAM mengulangi peraturan kemasukan penonton ke dalam Stadium. Barangan terlarang seperti mercun, pisau, kayu, payung, air mineral water, dll diumumkan di kaca TV. Pengawal pintu akan memeriksa setiap penonton. Penulis ingin melihat tiada insiden buruk berlaku. Jikalau ia berlaku juga, in bermakna Malaysia, FAM dan PDRM serta RELA belum bersedia untuk menganjurkan pertandingan bola sepak bertaraf antarabangsa.

 Penulis juga cadangkan tambahan barangan terlarang ialah TShirt berbau politik seperti Bersih 3.0,Lynas, ABU, Blackout 505 dan semua lambang parti politik.
Semalam 31hb Mei 2013, penulis berkereta ke Putrajaya. Penulis berhenti di R & R Ayer Keroh untuk sarapan. Ramai penyokong Johor DT membanjiri R & R tersebut. Semangat betul mereka.


Ada juga mereka yang memakai TShirt berbentuk politik tadi. Penulis harap mereka ini tidak mengambil kesempatan berhimpun `tanpa memohon permit’ sempena perlawanan Piala FA. Penulis risau sikit dengan warna TShirt Pahang yang berwarna kuning. Mungkin pihak yang pandai `photoshop’ akan menggunakkan rusuhan di Pahang DM seakan perhimpuan Bersih  berulang.
Penulis mesti ingatkan KDN dan PDRM supaya tidak memandang ringan terhadap perkara ini. Boleh berlaku, orang mengambil kesempatan. Memperlagakan penyokong Pahang DM dan Johor DT.

Akhirnya, pasukan yang berstrategi dan kurang membuat kesilapan akan menang. Penulis yang lahir di Johor, harap Johor DT akan menang. Itu langkah pertama. Langkah kedua  dan seterusnya melangkah ke final dan berjaya menjuarai Piala FA mengalahkan Kelantan.

No comments:

Post a Comment