Sunday 13 October 2013

JKR KENA BUAT 100% MEDICAL CHECK UP HOSPITAL SERDANG


Penulis adalah pelanggan tetap Hospital Serdang, Klinik Kardiologi.Setiap 4 bulan, penulis membuat pemeriksaan untuk follow up. Mungkin selepas `by pass’, kekerapan penulis ke Hospital Serdang akan bertambah.

Beberapa bulan yang lepas, bumbung ruang lobi utama runtuh.Minggu lepas kejadian bumbung runtuh berlaku lagi di Hospital Serdang.Jikalau Hospital Putrajaya dikatakan berhantu, takkan Hospital Serdang pun berhantu?

Saranan penulis, JKR membantu Kementerian Kesihatan untuk buat `100% medical check up’ keatas semua struktur Hospital Serdang terutamanya yang melibatkan bumbung.


Check semua sudut dan blok termasuk perumahan hospital. Lukisan pelan Hospital atau pun lukisan teknikal perlu menjalani `MRI’ juga. Jika pelan ini digunakan di Hospital Shah Alam, contohnya, JKR kena check Hospital Shah Alam juga. Ada kemungkinan kejadian runtuh bumbung akan berlaku jika JKR menggunakan pelan dan pembekal bumbung yang sama.

No comments:

Post a Comment