Wednesday 16 October 2013

SALAM SEJAHTERA PARA JEMAAH HAJI: DOAKAN KALIMAH ALLAH UNTUK ISLAM DAN PERPADUAN ISLAM DI MALAYSIA


Penulis dan umat Islam amat bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan bahawa The Herald tidak dibenarkan menggunakan Kalimah ALLAH.

Penulis harap Datuk Seri Jamil Khir Baharom dapat mengetuai sembahyang hajat atau doa di kalangan rakyat Malaysia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Mekah dan Madinah untuk mohon kejayaan seterusnya perjuangan mempertahankan penggunaan Kalimah ALLAH. Bersembahyang hajat dan berdoalah di hadapan Kaabah atau Raudah atau tempat tempat yang mustajab doanya agar Malaysia berjaya mengatasi permasalahan Kalimah ALLAH dan perpaduan Islam.

Mudah mudahan ALLAH akan memakbulkan doa doa kita yang berjuang keras ini.

No comments:

Post a Comment