Wednesday 8 August 2012

Haram, berdosa undi DAP (Utusan Malaysia 7 Ogos 2012)



Sekadar pandangan....

Penulis ingin memtik laporan akhbar yang melaporkan seprti dibawah:-

`KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.’
Saranan dan pendapat Pengasas Pondok Geting Tumpat ini pasti mendapat maklumbalas dari pihak PAS khasnya dengan mengeluarkan `fatwa’ yang menghalalkan ahli PAS mengundi DAP dan atau kumpulannya. Ini di buat supaya rakyat Islam akan menjadi was-was dan akan timbul cerita Pengasas Pondok Geting tersebut dibayar oleh UMNO/BN. Ustaz Abdullah ada dendam kesumat terhadap Tok Guru Nik Aziz.
Saya kuatir saraan ini tidak diambil berat oleh pengikut PAS dan yang lebih menyedihkan ianya di laporkan oleh UTUSAN MALAYSIA, yang pada presepsi pengikut PAS adalah PEMFITNAH TERBESAR di Malaysia. Pengikut PAS akan menolak terus saraan tersebut walaupun saraan tersebut adalah betul.
Pandangan saya saraan haram dan berdosa mengundi DAP ini mesti disampaikan kepada pengikut PAS secara direct (macamana?) selain daripada maklumat tambahan kepada rakyat Malaysia yang `silent majoriti’. Utusan Malaysia sensatif kepada pengikut PR. BN perlu mencari jalan yang sesuai menyembarkan saranan tersebut.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment