Friday 10 August 2012

MENGUNDI DAP HARAM ATAU HALAL?



Sekadar pandangan....

Penulis ingin memtik laporan akhbar yang melaporkan seprti dibawah:-

`KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.’
Saranan dan pendapat Pengasas Pondok Geting Tumpat dan seterusnya Mufti Pahang  dan diselangi oleh Dr Fadlan Mohd Othman ini pasti mendapat maklumbalas dari pihak PAS khasnya Tok Guru Nik Aziz dan Presiden PAS Hadi Awang. Setakat hari ini Jumaat 10 Ogos 2012 jam 9 pagi, belum ada kenyataan rasmi dari mereka. DrAsri menjadi orang pertama mempertikaikan saraan haram mengundi DAP. Beliau berkata bagaimana pula dengan wakil rakyat bukan Islam dan lebih berat Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam? Beliau bermaksud haram juga mengundi mereka.
Penulis merasa risau sedikit kerana jika PAS membalas dengan mengeluarkan `fatwa’ yang menghalalkan ahli PAS mengundi DAP dan atau kumpulannya, ia akan menyebabkan rakyat Islam akan menjadi was-was dan fatwa mana yang betul.
Penulis juga risau dengan tahap ketaksuban kebanyakan penyokong PAS yang memberikan sokongan membabi buta. PAS telah BERJAYA menanam tanggapan bahawa jika Utusan Malaysia dan Pengasas Pondok Geting Tumpat, Mufti Pahang, Dr Fadlan Mohd Othman, majlis Fatwa dan ramai ulama pro BN yang mengeluarkan saranan ataupun fatwa, sudah pasti penyokong PAS dibenarkan menutupkan teliga dan menghitamkan hati mereka. Ini adalah kerana saraan dan fatwa dari Kerajaan adalah berbentuk politik. Jesteru ini, pihak Kerajaan TIDAK BERJAYA mengingatkan rakyat Malaysia akan bahayanya DAP terhadap Islam dan Melayu.
Penulis yakin ada pemimpin PAS (PKR dan DAP tidak terkecuali) akan menimbulkan cerita bahawa Pengasas Pondok Geting dan lain lain tersebut dibayar oleh UMNO/BN. Ustaz Abdullah ada dendam kesumat terhadap Tok Guru Nik Aziz.



Semalam, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sial telah menuduh Utusan Malaysia cuba mencetuskan konflik kaum di Malaysia dan ia merupakan  satu kempen pelampau agama.
Saya yakin permasalahan (haram atau halal mengundi DAP) ini berlanjutan dengan adanya ulusan ulasan para cendiakawan ini. Penulis harap Sinar Harian dan Wacana Perdana akan menganjurkan debat dan melibatkan mereka semua ini. Ajak penceramah PAS, UMNO, Dr Asri, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar dan Ustaz Fathul Bari berdebat.
Pandangan saya ialah saranan haram dan berdosa mengundi DAP ini mesti disampaikan kepada pengikut PAS secara direct (macamana?) selain daripada maklumat tambahan kepada rakyat Malaysia yang `silent majoriti’. Utusan Malaysia sensatif kepada pengikut PR. BN perlu mencari jalan yang sesuai menyembarkan saranan tersebut.
BN/UMNO perlu banyak berdebat di Kelantan di hadapan penyokong PAS dan InsyALLAH dengan penceramah yang baik, ia sedikit sebanyak membuka minda penyokong PAS. Matlamatnya mesej mesti disampaikan. Jangan harapkan penyokong PAS membaca Utusan Malaysia.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment