Wednesday 8 August 2012

TABUNG PEGUAM MUDA MELAYU


sekadar pandangan...
Penulis perhatikan apabila pilihanraya di adakan atas sebab kematian Ahli Yang Berhormatnya atau sebab-sebab tidak melayakkannya, pihak kerajaan akan mula mengadakan projek `pilihanraya’ seperti turup jalan, bina longkang, mengecat, peralatan balai raya dan sebagainya untuk DUN berkenaan. Baiknya rakyat yang mendapat faedah dan kontraktor Bumiputera biasanya mendapat kerja. Apa yang menyedihkan kontraktor ini hanya baik dengan YB Pemberi Projek sahaja, akrab sekali, tetapi balik rumah dan taman perumahan, kontraktor ini sombong, tidak bercampur gaul Dan tidak mesra masyarakat. Buat hal sendiri. Saya sarankan semua YB Pemberi Projek harus mengutamakan pemberian kontrak kecil (emergency) kepada kontraktor yang mesra rakyat. Mereka harus secara tidak langsung menunjukkan tabiat yang baik. Jangan sebab kontraktor tadi, parti BN/UMNO dibenci rakyat.
            

Berbalik kepada pengagihan projek bagi DUN berkenaan, kosnya mungkin mencecah RM1 juta. Penulis cadangkan BN/UMNO mewujudkan dana Tabung Peguam Muda Melayu di DUN berkenaan. Tujuan Tabung ini dibentuk ialah untuk melatih peguam muda Melayu di dalam perudangan. Tabung ini menyalurkan bantuan kewangan dan tenaga manusia. Peguam UMNO dan BN yang berpengalaman harus memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada peguam muda ini. Jangan hidupkan kontraktor sahaja, peguam muda yang baru juga perlu dibantu. Jikalau ada ruang pejabat, sewa murahkan kepada mereka. Buat pemulaan bayar gaji mereka selama 6 bulan (melalui Tabung tersebut) supaya ia boleh berdikari kemudian. Beri dia peluang perniagaan. (MOSTI atau BIOTECHCORP memberikan geran permulaan perniagaan bernilai jutaan RM kepada sebuah syarikat, mengapa tidak UMNO/BN mencari dana membantu RM50K untuk seorang peguam muda. Keadah perlaksanaan boleh dirancang supaya tiada penyelewangan) Jikalau ada perumahan baru kerajaan, beri mereka beberapa peratus kerja surat perjanjian, sebagai contoh. Barulah peguam muda ini dapat belajar dan tidak merungut `asyik asyik peguam tu yang dapat’. Peguam muda melayu ini mesti ditarik menyokong Kerajaan. Alangkah baik juga ia dapat diwujudkan disetiap DUN dan ramai bilangannya. Jikalau UMNO/BN tidak buat ini, lama kelamaan Bar Council memang sebuah badan anti kerajaan.

Penulis perhatikan pihak Kerajaan UMNO / BN tidak seagesif dari segi mengambil tindakan undang-undang jika dibandingkan dengan PR terutamanya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng Pulau Pinang. Cakap sikit mereka saman atau mereka tuntut maaf terbuka. Akan tetapi Anwar Ibrahim terutamanya bercakap di dalam negeri dan diluar negara tanpa batasan. Ada perkara yang masih dibicarakan lagi pun boleh diulas diluar mahkamah. Begitulah puasnya mereka. Tun Mahatir sendiri disaman berjuta-juta. Penulis melihat ini sebagai `opportunity’ dan bukan `threat’.

Seperti di dalam industri pembinaan, kontraktor kelas F diberi kerja secara undi dan adakalanya projek diagih atau dikurnia terus. Penulis mencadangkan Kerajaan turut serta dalam program melahirkan lebih ramai lagi peguam muda di DUN / Parlimen / seluruh negara. Wujudkan program mentor mentee dikalangan peguam senior pro kerajaan dengan peguam muda. Mentor akan membantu dan melatih peguam peguam ini menjalankan tugas seorang peguam. Salah salah tugas mereka ialah menyaman PR jika ada kes fitnah, menipu, salah guna dan sebagai. Sebuah badan akan memantau ceramah mahupun akhbar mereka dan jika didapati meyalahi undang-undang, peguam muda ini mesti bertindak. Melalui tindakan ini, peguam muda ini akan belajar dan mengumpul pengalaman. Penulis ingin melihat Anwar Ibrahim kena hadir kes mahkamah di Alor Gajah Melaka esok, lusa di Alor Setar, tulat di Kota Kinabalu, akhir bulan di Muar, 1 hb di Kuantan dan sebagai. Letih juga dia. Hanya melalui tindakan undang-undang, Anwar Ibrahim akan berhati-hati apabila bercakap dan menulis.

Ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment