Friday 3 August 2012

Logo Kemerdekaan Cadangan Pembangkang


Sekadar pandangan

Pakatan Rakyat bercadang untuk mengunakan tema Hari Kebangsaan yang berlainan dengan tema yang ditetapkan oleh Kerajaan BN. Mereka mahu menggunakan `Sebangsa, Senegara dan Sejiwa’ mengantikan `Janji ditepati’. Apa sahaja yang Kerajaan BN nak buat, PR mesti hendak tukar atau bantah. Dalam banyak hal, Kerajaan BN mengikut juga kehendak mereka.

Tema kebangsaan PR akan bakal digunakan di negeri-negeri yang PR kuasai. Banyak implikasinya kepada rakyat tetapi apa boleh buat. Kerajaan BN harus menanangi dengan bijak. Dari kaca orang luar, tiada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Apa yang saya perhatikan PR berjaya menyuarakan bantahan mereka dengan efektif. Rintihan mereka senang mendapat perhatian Kerajaan BN. Mungkin kerana media-media yang mengembar gembur isu ini sehingga menjadi perhatian. Boleh ke media-media tidak meng`highlight’ benda-benda seumpama ini supaya ia tidak menjadi perhatian. Umpamanya kes `Ustazah’ Abby Abadi dan Dayang Ku Intan. Media-media yang pro BN yang menaikkan imej mereka. Niat untuk `hentam’ mereka tetapi ia meningkatkan rating mereka.

Strategi lawan PR perlu kepada innovasi. Tabiat PR ialah mereka suka buat berlainan dengan BN. Jika BN nak buat tema ini, mereka akan guna tema lain. Kita kena main saikologi `reverse'.

Ikhlas dari
nasirwise

No comments:

Post a Comment