Friday 31 August 2012

SEMANGAT HARI KEMERDEKAAN MENGATASI SEMANGAT PERHIMPUAN JANJI BERSIH


sekadar pandangan....
Penulis berkesempatan online untuk mengikuti perkembangan Perhimpunan Janji Bersih (yang dibelakangi oleh Pakatan Rakyat) pada malam 30hb Ogos, di Ambang Merdeka.  Perhimpunan Janji Bersih yang berobjektifkan tuntutan pilihanraya umum 13 yang bersih dan adil. Mereka menyelitkan juga protes tema kemerdekaan tahun ini iaitu Janji Yang Ditepati. Mereka berjaya mengumpulkan sekumpulan 3000-4000  pemuda pemudi berbaju T Shirt Kuning membanjiri Dataran Merdeka.. Komposisi kaum peserta yang hadir ialah 50 (Melayu):50 (Cina) Sasterawan Negera, Pak A.Samad Said membacakan puisi pada malam itu.

Penulis katakan perhimpunan ini aman dan tidak membahayakan berbanding dengan Bersih 3 yang lalu tetapi mencatitkan sejarah tersendiri. Apa dia itu?

  1. Pertama kali selepas 55 tahun merdeka, sambutan kemerdekaan mempunyai tema yang berlainan mengikut kerajaan memerintah.
  2. Pertama kali selepas 55 tahun merdeka, sambutan kemerdekaan di cemari oleh insiden perhimpunan haram.
  3. Pertama kali, Pakatan Rakyat telah mempamerkan hasrat mereka untuk menukar jalur gemilang kepada bendera yang seakan akan bendera Singapura dan China. Penulis ingin mengingatkan pembaca mengenai penulisan `Kerajaan DAP Pulau Pinang ini berkiblat dan berorientasikan Negara Singapura dan Hong Kong (China) seperti penulisan `Orang Melayu (termasuk India Muslim) Islam Pulau Pinang lah kaum yang paling ramai di tindas sekeras kerasnya dan dinyahkan haknya oleh Kerajaan Negeri DAP. Kaum ini lah yang paling ramai berpendapatan rendah, di lanyak dengan rakus `nyap sayot’ oleh pemerintah pro Cina Singapura dan pro Cina Hong Kong. Kaum Melayu juga lah yang dimusuhi agamanya secara halus dan terang dan di ruang blog http://nasirwise.blogspot.com/2012/08/strategi-jawatan-ketua-menteri-dari.html  PKR belum menunjukkan orientasi nya kepada Israel dan Amerika Syarikat lagi. Penulis ramal mereka akan bergaduh tentang bendera pulak. Seorang nak Singapura?HongKong dan seprang lagi nak Israel/Amerika/Turki.
  4. Budaya memijak, membakar dan mengoyak bendera dan gambar pemimpin. Ini adalah budaya dari negara luar. Tunjuk isyarat dan percatan lucah memang menjadi kebiasaan pendemonstrasi jalanan.

Penulis merasa risau juga kalau kalau mereka ini muncul pagi ini untuk menarik perhatian. Penulis menyeru apa sahaja tuntutan yang hendak dituntut, buat lah di DUN dan Parlimen. Mahkamah jalan akhirnya. Kerajaan BN mesti memberi ruang dan masa untuk mendengar rintihan mereka.

Pagi ini, penulis menonton TV upacara sambutan Hari Kemederkaan. Alhamdulilah, semangat kemerdekaan mengatai semangat kebencian. Peserta sambutan yang seramai 14,000 orang selamat dan berani datang, membuat persembahan dan tunjukkan kecintaan negara kepada Yang DiPertuan Agong, Dato Sri Najib, barisannya, tetamu luar negara dan rakyat. Puluhan ribuan rakyat juga  turut serta merayakan hari rahmat ini.

Dari kaca TV, penulis dapat melihat muka muka anak muda yang ceria dan gembira. Mereka ini kita kena galaskan dengan amalan murni dari sekarang agar menjadi rakyat yang baik dan menyokong usaha Kerajaan. Mereka adalah pengundi di masa hadapan. Tunjuk mereka jalan yang benar. Pujuk mereka dan janji masa hadapan.`Make sure’ Janji ditepati.

Penulis amat gembira kerana pemimpin mendengar pandangan rakyat dan penulis yang mahukan Dato Sri Najib turun padang atau stadium selepas keberangkatan pulang Yang DiPertuan Agong dari menyaksikan sambutan hari Kemerdekaan. Turun dari pentas, bersalaman, tanya khabar, nyanyi sama dan ucap terima kasih sebelum tinggalkan majlis.
Ingat tak penulisan penulis
Kelantan, Kedah dan Selangor perlu kekerapan kunjungan PM untuk merapatkan hubungan Kerajaan dan pengundi. Kuala Lumpur tidak terkecuali walaupun banyak aktiviti seperti Hari Kemerdekaan yang mengumpulkan ribuan rakyat. Ingatan saya pada PM dan barisan Kabinet, tolong turun padang `senyum dan berterima kasih’ selepas tamat program perayaan. Inilah peluang PM dan kabinet merapatkan diri dengan rakyat. Jikalau PM, TPM dan Jemaah Kabinet membahagikan kerja `turun padang’ ia tersangat mengembirakan rakyat. Luangkan masa 1 jam bergaul, senyum dan melambai kearah rakyat. Benarkan mereka mengambil gambar dengan pemimpin. Percayalah keadah ini sangat efektif memperkukuhkan persahabatan rakyat dengan pemimpin. Penulis akan bahagia jika PM dan TPM dapat menyediakan jurugambar khas untuk mengambil gambar berkumpulan secara seponton (semasa turun padang atau Stadium). Gambar tersebut di`post’kan di dalam FB yang boleh ditag atau like dengan rakyat berkenaan. Rakyat boleh buat print out dan `frame’ gambar dengan PM atau TPM di ruang tamu rumah masing masing. Secara tidak langsung, gambar pemimpin senantiasa dalam ingatan rakyat.’ sebagaimana di siarkan di disini http://nasirwise.blogspot.com/2012/08/rumah-terbuka-1-syawal-perdana-menteri_23.html

Mulai sekarang semua program kerajaan harus ada `real engagement’ dan `detailing’ dengan harapan in menyumbang terhadap sokongan rakyat kepada Kerajaan.

Penulis melihat TV perlu mengimbangi segmen persembahan dari peserta, gambar ceria barisan kepimpinan dan rakyat yang bergembira mengibarkan bendera Malaysia. Panjangkan dan banyakkan gambar gambar  rakyat yang datang merayakan sambutan. Ia baik untuk memperlihatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan. Senang ditulis tetapi sukar bagi petugas TV melakukan secara spontan.

Aturcara keberangkatan pulang Yang DiPertuan Agong adalah `perfect’. Tuanku turun pentas dan mengucapkan tahniah dan bersalaman kepada PM lalu berlepas dengan kereta yang gah. Tuanku layak dihormat begitu.

Penulis hendak cadangkan aturcara tambahan untuk PM dan TPM. Kalau boleh Dato Rais pertimbangkan cadangan ini.

Persembahan perarakan dari jabatan, organisasi dan sebagainya bergerak dari Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka (maaf. Penulis dari melaka. Tak pasti). Dimana kah rakyat beratur menyaksikan perarakan tersebut. Selepas rakyat melihat perarakan tersebut, rakyat seharusnya dipertontonkan dengan muka ceria dan tanda terima kasih PM dan TPM. Penulis rasa PM dan TPM dinaikkan atau diarakkan kenderaan jip tidak berbumbung berarak perlahan lahan melalui barisan rakyat tadi. Kali ini dari Dataran Merdeka ke Jalan Raja Laut/Jalan Tuanku Abdul Rahman. PM dan TPM akan melambai tangan, membalingkan senyuman kepada rakyat yang berada dijalanraya tersebut. Kalau nak berjalan, penat pulak nanti PM dan TPM kita. Kenderaan rasmi PM dan TPM menunggu di penghujung jalan, bukan di Dataran Merdeka. Dahulu rakyat ditontonkan dengan kenderaan barisan jemaah menteri selepas perarakan sambutan kemerdekaan. Kadangkala barisan menteri menunujukkan keriakan mereka menaiki kereta besar. Tolong elakkan.

Penulis berdoa sambutan kemerdekaan malam ini lebih mensejahteraan lagi rakyat Malaysia.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun.

Ikhlas dari

Nasirwise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment