Friday 10 May 2013

DATUK ONG TEE KIAT BERNASIB BAIK TIDAK DIPILIH BERTANDING DI PARLIMEN PANDAN


Nasib Datuk Ong baik. Ada hikmahnya apabila beliau tidak dipilih bertanding di Pandan PRU13 lepas. Penulis risau beliau merajuk dan bertanding  bebas seperti di ura ura dahulu. Lebih menakutkan beliau mengikuti jejak langkah Dato Chua Jui Meng. Harap pemimpin lain tidak kecewa apabila tidak terpilih kali ini malah kena bersyukur. Mungkin kalah teruk dan memalukan.
Penulis mohon Datuk Ong menasihati kawan kawan MCA (dahulunya dibawah Kem Datuk Ong) supaya jangan mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua meletakkan jawatan secara tergesa gesa. Ia kelihatan pergelisiran dalaman parti. Penulis ingat dendam pertandingan Presiden MCA dahulu belum habis. Presiden dah buat pengumuman yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya. Sebab itu tidak ada keperluan mendesak.
Datuk Ong kena nasihat kawan kawan supaya jangan salahkan Presiden MCA seorang di atas prestasi buruk MCA. Ia adalah kerana tsunami kuam Cina dan tiada dalam kawalan MCA. Ianya tanggongjawab setiap ahli MCA.

No comments:

Post a Comment