Thursday 9 May 2013

KEMUNGKINAN Pilihan Raya Kecil DI DUN SUNGAI LIMAU, KEDAH.



Diberitakan mantan Menteri Besar Kedah sedang di rawat di Hospital Pulau Pinang kerana serang penyakit jantung (dikatakan bukan punca utama) dan penyakit kencing manis. Penulis melihat visual TV yang menunjukkan Datuk Azizan Abdul Razak begitu lemah berjalan untuk mengundi tempohari.
Penulis turut mendoakan semoga Datuk Azizan dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan.  Walaubagaimanapun, berdasarkan faktor usia dan keadaan fizikal Datuk Azizan, suka tidak suka Datuk Azizan wajar meletakkan jawatan supaya rakyat dapat perkhidmatan yang baik daripada wakil rakyat Sungai Limau.
DUN Sungai Limau terletak kepada Parlimen Jerai (diwakili oleh YB Datuk Seri Jamil Khir Baharom). Selain DUN Sungai Limau, DUN Guar Chempedak (diwakili oleh Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail) dan DUN Gurun (Dr Leong Yong Kong) juga di bawah Parlimen Jerai. Kesemua Parlimen dan DUN kecuali DUN Sungai Limau adalah di bawah BN.  YB Datuk Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi mengalahkan sepupunya Saudara Fazillah Mohd Ali.
Andaikata, pilihanraya kecil diadakan, penulis cadangkan Saudara Fazillah dipilih sekali lagi kerana pengundi sudah mengenali beliau. Kertas cetak dan poster boleh di gunapakai semula dan menjimatkan kos cetakan.
Walaubagaimanapun, penulis yakin PAS akan mempertahankan kerusi ini kerana ia terletak di kubu kuat PAS. BN yang dibawah terajui MB yang baru, YAB Datuk Muhkriz  Mahathir di uji mengepalai jentera pilihanraya.

3 comments:

  1. maaf saudara/saudari,

    saya rasa agak sensitif topik ini dbangkitkan.
    sebagai saudara sesama islam (walaupun berlainan ideologi parti ) kita doakan lah yang sakit ini sihat sejahtera.
    apa yang terjadi selepas itu, maka selepas itu la dibincangkan.

    ReplyDelete
  2. Komen puan ada kkebenarannya. Tetapi saya mendoakan beliau dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan. Namum beliau perlu utamakan kesihatan. Ada baiknya berehat dan minta kawan kawan bantu memberikan perkhidmatan.
    Tiada niat mendoakan beliau KO atau hancur perut seperti yang didoakan oleh PAS.

    ReplyDelete
  3. budi bahasa amalan kita.
    rasanya orang UMNO tak pernah mendoakan sesama islam yang tak elok.
    tapi tu lah budi baik kita disalahguna dan ditikam oleh kaum cina yang tak kenang budi.

    ReplyDelete