Monday 13 May 2013

RAKYAT MESTI BANTU KERAJAAN MEMERANGI RASUAH




Didapati ramai anak muda ahli dan penyokong BN/UMNO malu memakai baju BN kerana BN/UMNO dipresepsikan sebuah parti `orang tua’, tidak ada kelas atau terkini dan parti korup. Seterusnya Penulis akan bincang faktor `sigma’ atau tuduhan BN/UMNO adalah parti korup.

Pada penulis, projek yang berpotensi berlakunya rasuah boleh di kumpulkan kepada 3 kumpulan iaitu projek mega & penswastaan  (Jambatan, pembelian Kapal Selam, MRT, pembekalan baja pukal dll), projek sederhana (tender makanan, pembinaan Sekolah atau jalanraya) dan kecil (perkhidmatan JPJ & Puspakom, Polis Trafik, pejabat tanah).

Amalan rasuah memang ada dan masih berlaku. Kerajaan melakukan program transformasi kerajaan dan salah satu agendanya ialah memerangi rasuah. Program itu menampakkan hasil dan ia semakin semakin baik setiap masa.

Pada penulis, Kerajaan tidak boleh dipersalahkan 100 peratus. Mereka yang menjalankan tugas seperti penjawat awam dan penender atau yang memerlukan perkhidmatan pun perlu disalahkan juga.

SOP tender sesebuah projek memang tersedia dan peraturannya ketat. Projek mega dan penswastaan  melibatkan banyak peringkat dan tapisan termasuklah peringkat Kabinet.

Mengambil contoh mudah, tender pembekalan makanan di sekolah asrama penuh atau Instituit atau Kolej. Penender makanan kantin dan penjawat awam di Kementerian Pelajaran atau Kementerian Belia dan Sukan, perlu berkerjasama memerangi rasuah. Pihak penendar mesti menawarkan harga penyediaan makanan 5 kali sehari dengan  harga yang kompetitif. Penender boleh buat pilihan untuk masuk tender RM15 seorang sehari atau RM11 seorang sehari. RM15 adalah tinggi pada kelazimannya, tetapi sebahagian daripada RM15 tadi, terdapat RM1-RM2 seorang untuk pegawai penilai tender, pegawai memproses tuntutan dan juga kakitangan yang bertugas menyelia penender di kantin. Dalam senario lain pula, ada penender memasuki tender dengan harga RM11 untuk mendapat tender sahaja. Keuntungannya nanti di dalam bentuk pembekalan yang kurang bermutu dan catuan. Ikan yang segar diganti dengan ikan yang kurang baik dan spek yang salah. Biasanya mereka akan bekerjasama di dalam tuntutan. Penender akan tuntut, contohnya, 400 pelajar pada hari itu, walhal yang datang makan hanya 300 atau 350 pelajar.

Ada juga broker broker yang cuba mengambil untung dan menipu penender, konon kononnya pegawai atasan minta wang sebagai syarat mendapatkan tender. Tidak semena mena, penjawat awam yang tidak tahu menahu mengenai wang sogokan, mendapat nama buruk. Broker itu yang makan seorang.

Pada penulis, Menteri Pelajaran tidak rasuah tetapi penjawat awam, broker dan penender yang rasuah. Rakyat boleh marah mereka. Penjawat awam ini ada yang  pro kerajaan dan ada juga pro pembangkang.

Semasa berkhidmat di Johor Corporation dahulu, setiap anggota pekerja digalakkan `menjaga tepi kain orang’ . Anggota pekerja disuruh menjadi `mata dan teliga’ kepada pengurusan. Disamping itu, ceramah berjadual keburukan rasuah diadakan dikalangan pekerjanya. Usaha ini berjaya mengurangkan gejala rasuah dan penyalahanguna kuasa.
 
Pengalaman peribadi penulis ialah berurusan dengan Malaysian Biotech Corporation Sdn Bhd 5 tahun lepas. Syarikat penulis menerima geran pengkommersilan produk sejumlah RM2.5 juta. Semasa proses, mendapat kelulusan dan `disbursement’ wang, Datuk Iskandar dan pegawainya tidak pernah meminta 1 sen pun. Tanyalah penerima geran yang lain. Malah mereka membantu kami sepanjang masa di dalam bentuk nasihat dan pemasaran. Pada hakikatnya banyak agensi Kerajaan telah menjurus kepada zifar rasuah. Inilah kebanggaan Malaysia. Sistemnya membawa kebaikan kepada masyarakat.

Kerajaan faham ada anggota PDRM terlibat dalam rasuah seperti kesalahan trafik. Kerajaan memperkenalkan AES untuk mengurangkan kemalangan jalanraya disamping memerangi rasuah jangka panjang. Ini bermakna kesalahan trafik di rekod oleh kamera digital yang dengan terang tertera no kenderaan. Saman yang telah ditetapkan kadarnya akan dihantar kepada pesalah. Di sini tiada elemen manusia. Pesalah membayar mengikut kadar tanpa rundingan. Rundingan ini biasanya akan melibatkan rasuah.

Malangnya apabila AES diperkenalkan Kerajaan, segelintir rakyat membantah, walhal AES dilaksanakan di banyak Negara dan yang cantiknya, kos mengadakan peralatan tersebut adalah dari pihak swasta dengan kutipan bersama 70% kerajaan dan 30% swasta (tidak pasti dengan peratusan secara tepat. Ada artikel ditulis beberapa bulan dahulu) untuk tempoh tertentu.

Penulis kerap ke Kuala Lumpur menaiki bas ekpress dan selalu berbual dengan pemandu bas. Hampir kesemua pemandu tidak suka dengan AES ini kerana saman di bayar sendiri oleh pemandu bas. Syukur penulis dapat memahamkan dan menyedarkan 5 pemandu bas kebaikan AES ini. Secara praktikalnya di Lebuhraya Utara Selatan Melaka Kuala Lumpur, kamera AES telah di letakkan berhampiran Bangi-Kajang. Penulis memberitahu pemandu tersebut, mengenai papan tanda amaran yang AES beroperasi di hadapan apabila melintas kawasan tersebut. Pemandu bas memperlahankan bas dan 5 minit kemudian melintas kamera AES tersebut. Bas tersebut tidak melakukan kesalahan.

Rumusannya, penulis memberitahu pemandu bas yang menjadi masalahnya ialah kita sendiri. Amaran telah diberi tetapi kita masih memandu laju di kawasan tersebut. Apabila kena saman, marahkan kerajaan dan akibatnya kena sokong pembangkang yang nak menghapuskan AES.

AES terbukti mengurangkan kemalangan dan kesalahan trafik. Cuba bayangkan pesalah trafik tadi melanggar kereta suami atau isteri anda dan anak. Mereka mati di tempat kejadian. Nak salahkan UMNO juga.

Rakyat kena sokong usaha kerajaan mengurangkan kemalangan dan kesalahan trafik disamping memerangi rasuah dikalangan PDRM dan rakyat memandu, pada `zero cost’ perbelanjaan capital tetapi mendapat sebahagian besar kutipan saman tersebut.

1 comment:

  1. apa pun di mana Kooperate governance org busines lari dari etika memperatis korupsi dlm urus perniagaan, malah ini patut diperbetulkan olih mereka supaya tidak merasuah dan rasuah tak akan berlaku. Tindakan tegas harus diambil terhadap kecurangan mereka jika terbukti

    ReplyDelete