Wednesday 8 May 2013

TAHNIAH BN DAN SALAM `WAKE UP CALL’ BN



Tahniah kepada DS Najib dan TS Muhyiddin serta seluruh jentera dan ahli serta penyokong BN di atas kemenangan dan kekal menerajui Putrajaya. DS Najib telah pun mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 6hb Mei 2013, jam 4 petang.
Secara ringkasnya, BN memenangi 133 kerusi Parlimen mengalahkan Pakatan Rakyat yang menguasai 89 kerusi Parlimen.(DAP 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS 21 kerusi). Majoriti 2/3 tidak kesampaian. Begitu juga dengan rancangan TUKAR di Kelantan dan Gelombang Biru di Selangor dan Pulau Pinang. BN hanya dapat merampas Kedah. BN juga mengekalkan status pemerintah dengan majoriti mudah di Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu. Terengganu amat kritikal. Jika ada `pembelotan’ dikalangan ADUN BN, PAS akan memerintah Terengganu.
Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak tetap kubu kuat BN walaupun MB Johor dan KM Melaka tewas di dalam pertarungan tersebut.
Keputusan PRU13 membawa gambaran besar ialah majoriti orang Cina (berbanding dengan kaum Melayu dan India) dan penduduk Bandar (berbanding dengan orang luar Bandar) tidak menyokong Kerajaan. Inilah hakikatnya. Ramai cerdik pandai dan politikus bercakap di kaca TV termasuklah Astro Awami, Bernama, TV3 dan TV1. Kebanyakan mereka berkata keputusan PRu13 ini bukan `tsumani Cina’ atau pengundi Cina undi DAP atau berlakunya polarisasi kaum. Mereka percaya berlakunya `urbanisasi’
Penulis tidak kisah apa namanya tetapi yang hakikatnya 70-80 peratus pengundi Cina termasuk yang muda dan kali pertama mengundi tinggal di Bandar. Sebab itu adalah relevan dan tepat pengundi Cina mengundi DAP dan parti pembangkang lain.
Sejurus selepas BN di nobatkan sebagai pemenang PRU13, DS Najib melakukan sidang akhbar. Beliau terkejut dan sedih dengan keputusan. Beliau nak buat `national reconcialation’ di kalangan kaum. Pada pendapat penulis, TIADA KEPERLUAN kerana hampir semua aktiviti yang dijalankan dahulu dan sekarang menjurus kepada perpaduan. Kebanyakan orang Cina, bukan penyokong BN TIDAK MAHU PERPADUAN. MEREKA MAHU KUASA. Yang lebih menyakitkan hati lagi orang Melayu macam saya, DS Najib dan Kerajaan kena sediakan peruntukan untuk menarik orang Cina. Cukup cukup sudah..cukup sampai di sini..
Pada penulis, BN kena beri tumpuan kepada program orang Melayu,  orang India dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang sedang menyokong BN. Buat program ekonomi untuk mereka. Pembangunan dan pendidikan di pertingkatkan. Kalau boleh BRIM pun dibuat mengikut ketegori Bandar dan luar Bandar.  Di TV1 pagi tadi (7hb Mei), Datuk Professor Kamarudin Kaucar, Presiden Persatuan Pemikir Professional Melayu berkata terdapat 280 NGO Melayu akan berbincang  untuk memperbaiki kedudukan orang Melayu. Beliau mensasarkan pemilikan orang Melayu di dalam perniagaan kepada 60 peratus bukan lagi 30 peratus. Penulis ingin sangat menyumbang buah fikiran. 

No comments:

Post a Comment