Friday 10 May 2013

MCA `SERIOUS’ NAK HUKUM PENGUNDI CINA. ORANG MELAYU PATUT MERESTUI.


Ekoran daripada kekalahan teruk MCA di dalam PRU13 yang lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyatakan MCA tidak akan menerima jawatan Kabinet.  Para pengurusan atasan MCA Melaka juga telah meletakkan jawatan. Beberapa pusat perkhidmatan juga di tutup. Penulis menganggap tindakan tersebut sebagai hukuman kepada pengundi Cina sendiri. MCA tidak mahu menolong pengundi Cina (melainkan ahli dan penyokong MCA yang tegar dan dikenali) jika terdapat permasalahan.
Pada pendapat penulis, DS Najib dan seluruh BN perlu menghormati keputusan itu dan JANGAN cuba membela pengundi Cina untuk meraih undi 5 tahun lagi.  Membela tanpa syarat dan peruntukan boleh dipertimbangkan.
Penulis berpendirian, MCA, menjalankan `basic rule’ dalam keluarga, menggunakan peraturan `jika ANAK (pengundi Cina yang mengundi DAP) melakukan kesalahan, BAPA (MCA) perlu menghukum ANAK tersebut. (tidak akan memberikan perkhidmatan di peringkat nasional dan negeri) peringkat Negeri dan Daerah.  IBU (UMNO dan parti komponen lain) TIDAK BOLEH menghalang BAPA menjalankan hukuman. Jikalau ada campuran tangan IBU, ANAK akan menjadi `spoil’ atau anak manja dan akan melakukan semula kesalahan tersebut.
Penulis ingin melihat perwakilan Cina di dalam Kabinet diberikan kepada ahli Kabinet berbangsa Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak mahupun India. Mari kita cuba untuk 2 atau 3 tahun. Kita lihat implikasinya. Penulis percaya DS Najib dan BN tidak akan mengkhianati MCA dan diketahui umum.
Penulis juga berharap IBU (UMNO dan parti komponen lain) tidak memberikan keutamaan apabila pengundi Cina penyokong pembangkang ini, mendapatkan pertolongan di pejabat BN yang lain.  

1 comment:

  1. Salam, saya sokong pendapat tuan 100%
    Semoga jgn ada talibarut Cina DAP dlm UMNO BN. ZAM Maidin bodoh tu dh awal2 jilat DAP.. tk guna punya pemimpin!

    ReplyDelete