Thursday 2 May 2013

KALAU TIDAK DAPAT TAWAN PUTRAJAYA, DAPAT MENANG KERUSI PARLIMEN PUTRAJAYA PUN TAK APA….STRATEGI PEMBANGKANG



 Definasi
Putrajaya bermakna  Kerajaan Malaysia yang menempatkan pejabat PM/TPM/Menteri dan pusat pentadbiran Kerajaan.

Parlimen Putrajaya adalah kawasan berkeluasan tertentu dengan 15,791 pengundi. 90 peratus daripada pengundi adalah penjawat awam.

Pakatan Rakyat ingin menawan Putrajaya. Ia bermaksud Pakatan Rakyat memenangi PRU13 dengan mendapat 112 kerusi Parlimen daripada 222 Parlimen.

Menawan Parlimen Putrajaya pula bermaksud memenangi kerusi Parlimen dengan majoriti sekurang kurangnya 1 undi.
                                 
Putrajaya sangat sigifikan kerana ia pusat pentadbiran Negara. Ia di `founded’ oleh orang Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia.

Ketika Putrajaya menjadi cetusan idea, pembangkang berkata Putrajaya ini suatu yang membazirkan. Mereka terutamanya PAS bertekad untuk melelongnya jika pembangkang berjaya mengalahkan BN di dalam PRU12 yang lalu dan PRU13 nanti. Selepas beberapa tahun dibangunkan dan kelihatan pembangunan fizikalnya, PKR khasnya rasa Putrajaya mesti dirampas. Kerusi Perdana Menteri mesti didudukinya. Pelbagai rencana diatur pihak pembangkang termasuklah Peristiwa 13 September 2009 yang konon  ahli parlimen BN akan melompat ke kapal pembangkang dan sekali gus menjadi pemerintah. Tetapi ia tidak menjadi.

BN mesti memenangi kedua dua Putrajaya. BN tidak boleh menang di Putrajaya (Kerajaan Pusat) sahaja dan kalah di Parlimen Putrajaya. Apa gunanya jika BN menang 2/3 majoriti Parlimen tetapi kalah di Parlimen Putrajaya. Banyak interpretasi nya. Yang pertamanya, mengapa penjawat awam sendiri tidak menyokong Kerajaan mereka? Pakatan Rakyat akan ketawa besar kerana ibarat rumah kita tinggal di atas tanah orang lain. Bila bila dia boleh arah keluar rumah itu.

Pakatan Rakyat selaku `underdog’ sedang berusaha keras untuk memenangi Parlimen Putrajaya. Walaupun satu misi yang sukar, Pakatan Rakyat khasnya PAS ingin memalukan BN.

Kempen  `Datuk Husam’s way’ ialah dengan memanggil Ustaz Azhar Idrus ataupun Ustaz Ferari. (Penulis tidak pasti samada Ustaz Azhar memiliki kereta Ferari atau suka memandu kereta Ferari atau suka bergambar bersama kereta Ferari) Ianya pun satu pendekatan. BN pun panggil DS Najib dan Tun Mahathir. Pendekatan ini dinamakan kempen psycology untuk menunjukkan kekuatan dan kepopulariti. Tetapi Ku Nan bersikap tenang dan beliau pergi rumah ke rumah dan pengundi ke pengundi bersemuka dan merayu undi. Kempen Ustaz Ferari boleh mengerunkan BN dan baiknya ia menjuruskan kepada jentera BN berkerja lebih masa.
                                 
Ada baik dan buruk kempen Ustaz Ferari. Tetapi bersua dengan pengundi secara peribadi lebih baik. Memang Ustaz Ferari sangat popular pada masakini. Cakap telo Terengganu dan gurau senda memang menghiburkan. Harap jangan ada taburan fitnah kepada pihak lawannya. Kalau boleh minta kepastian dengan pihak BN. Adakan dialog dan selepas kepastian fakta, cakap lah sampai besok pagi. Apakata Ustaz Ferari bertanding di PRU. Apabila menang, dapat jadi YB dan berjuang memperbaiki kelemahan yang ada di Negara Malaysia ini. Lagi besar pahala kerana populasi umat Islam melebihi 5 juta orang.

KU Nan lebih mengetahui selok belok Putrajaya. Beliau tidak sesat di Putrajaya. Banting Ku Nan berselerak dan merata di Putrajaya. Telefon peribadinya pun tertera di banting. Itu kommitmen Ku Nan. 

BN berkeupayaan untuk mempertahankan  kedua dua Putrajaya. PRU12 atau 2008 yang lalu menyaksikan BN menang tipis untuk Putrajaya Pusat tetapi BN menang dengan selesa di Parlimen Putrajaya dengan majoriti 3,734 undi.

Datuk Husam beranggapan penjawat awam yang berasal dari Kelantan yang berkhidmat dan mengundi di Putrajaya, mesti menyokong pembangkang atau Datuk Husam. Daripada 15,798 pengundi, berapa ramaikah orang Kelantan?  Diberitakan hanya 1,140 pengundi penjawat awam yang berasal dari Kelantan. Daripada 15,798 pengundi atau 1,140 pengundi dan penjawat awam dari Kelantan, berapa ramai kah pengundi yang beraspirasi untuk menyokong TUKAR di Kelantan sendiri?.

Ketika berceramah di Putrajaya, Tun Mahathir berkata beliau membantu calon BN di Parlimen Putrajaya untuk memastikan Putrajaya kekal bersama BN. Beliau tidak mahu Putrajaya diserahkan kepada orang yang tidak tahu mentadbir. Beliau menyindir Datuk Husam supaya membina `Putrajaya’ di Kelantan. Tun Mahathir menyeru pengundi Putrajaya supaya memastikan Datuk Husam kehilangan deposit. Jentera BN perlu berkerja keras dan bijak untuk mencapai kemenangan bergaya.

Kempen Tun Mahathir menyaksikan kedatangan 10,000 penyokong dan pengundi walaupun pada masa yang sama Ustaz Ferari pun berceramah di Putrajaya. Mereka dengan bangganya `claim’ 20,000 penyokong PAS PKR DAP. Tidak apalah tentang bilanagn itu. Ada yang datang dari Negeri Sembilan dan Selangor. Memang Ustaz Ferari sangat popular tetapi yang mustahak BN mengambil hati pengundi.
                                     
Tun Daim juga berkata antara Ku Nan dan Datuk Husam, beliau memilih Ku Nan kerana Ku Nan merupakan Setiausaha Agong UMNO dan tentu sekali beliau lebih dekat dengan Perdana Menteri. Permasalahan lebih mudah diselesaikan oleh Ku Nan.

Masih ingat lagi kata kata Tony Phua DAP dahulu mengenai cadangan Pakatan Rakyat mengurangkan bilangan penjawat awam di Malaysia. Mereka bertekad mengurangkan atau membuang purata 100,000 penjawat awam. Para penjawat awam yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Kerajaan BN, kena insaf dan sedar diri. Sebabkan anda yang undi Pakatan, kekawan penjawat awam lain kena buang kerja. Takut takut anda yang kena buang. Padan muka. Jesteru itu, jika Datuk Husam diberi undi di Putrajaya, ia mendekatkan lagi proses anda penjawat awam akan dibuang kerja.

Nurul Izzah pula bertekad untuk membekukan pengambilan anggota POLIS yang baru. Ini bermakna akan berlaku kepincangan kerana ratio seorang POLIS dengan penduduk akan terjarak luas lagi apabila jumlah penduduk bertambah. Penulis rasa beliau bertekad demikian kerana POLIS banyak `menyusuhkan’ keluarga beliau. Balas dendam. Ye lah kalau salah, POLIS tentu kena jalankan tugas.

Jeneral bersara Tan Sri Md Hashim Hussein yang bertanding di Parlimen Johor Baru bersyarah dan menuduh penjawat awam sebagai kera.

Ayuh penjawatan awam yang layak mengundi  berjumlah 1.4 juta, bangkitlah mempertahankan maruah anda. Kita tidak mahu peluang pekerjaan yang semakin menipis bukan mengembang. Sikap dedikasi dan etika berkerja diperlekehkan dan diper`kera’kan. Ayuh kita keluar undi dan sokong BN. Bersyukurlah nikmat ALLAH yang diberikan kepada anda.

Penjawat awam harus ingat lagi. PAS akan lelong Putrajaya dan sehingga hari ini Datuk Husam dan PAS masih tetap mahu `membuang’ Putrajaya. Mungkin jual atau sewa kepada pihak yang berminat. Bagi penjawat awam khasnya pengundi diPutrajaya, yang mempunyai rumah dan anak bersekolah di sekitarannya, mahukan anda semua dipindahkan ke Putrajaya yang baru atau duduk dibawah pemegang konsessi Putrajaya yang baru. Mungkin selepas itu, cukai akan naik, kebersihan akan tidak terjaga, sistem pengangkutan awam menjadi hura hara dan sebagainya sebagaimana di dcontohi di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Tidakkah ini tindakan untuk memadamkan cetusan dan idea seseorang?




Penjawat Awam di KASTAM khasnya dan  Jabatan lain amnya, wajar marah kepada Datuk Husam yang mendakwa Allahyarham Dato Shahruddin Ibrahim, Timbalan Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan KASTAM, mengamalkan rasuah di dalam perkhidmatannya. Penulis ingin mengingatkan bahawa KASTAM adalah agensi kedua pengutip cukai hasil terbesar untuk Negara. Jikalau amalan rasuah yang berluasa, KASTAM tidak berkeupayaan untuk mengutip hasil yang tinggi. Penulis menyeru semua penjawat awam samada Kastam atau Lembaga Hasil, POLIS, JPJ dan semua Kementerian di Putrajaya dan seluruh Malaysia, menghukum Datuk Husam dan PKR DAP PAS dengan mengundi BN. Jangan biarkan Datuk Husam menjatuhkan martabat penjawat awam dan membuat fitnah besar. Datuk Husam membuat andaian bahawa Kerajaan PAS dan pegawai kerajaan Negeri Kelantan `bersih’. Pengalaman penulis berurusan dengan syarikat anak pertanian (contohnya) Kerajaan pun, melibatkan sogokan dan janji tepi.

Pengundi Putrajaya agak sophisticated juga berbanding dengan pengundi di Salor Kelantan, kawasan yang diwakili Datuk Husam. Pengundi Putrajaya memerlukan perkhidmatan yang terbaik. Penjawat Awam orang bijak pandai dan sukar hendak tipu atau tidak menyukai tindakan yang lambat. Maaf kata, penyokong PAS di Salor dan Kelantan tidak mementingkan pembangunan, bersyukur dengan bekalan air yang kotor, selesa dengan jalanraya yang sempit dan  berlopak, menggalakkan adik dan anak berhijrah ke negeri lain mencari rezeki, reda disonsangkan oleh pemimpin PAS dengan fatwa fatwa palsu dan mengelirukan, amat bergembira mempelajari teknik menabur fitnah dan bersifat radikal dan sebagainya. Boleh ke Datuk Husam bekerja di alam persekitaran di Putrajaya berbanding dengan Salor.?

Akhirnya penulis merayu kepada penjawat awam yang layak mengundi seramai 1.4 juta orang di seluruh Negara supaya keluar mengundi pada 5hb Mei nanti dan pangkah lah DAGING (simbol BN). Lihatlah rekod BN di dalam mengendalikan pencerobohan di Lahad Datu. Anggota keselamatan yang terkorban tidak dilupai jasa mereka. Tanyalah isteri, anak dan keluarga mereka yang terkorban. Penuh dengan pengiktirafan dan bantuan. Memang wang tidak boleh ganti nyawa mereka tetapi ia dapat mengurangkan bebanan hidup mereka yang tinggal.Begitulah juga seruan menyokong BN kepada pengundi di Putrajaya.
                                                     
                                                           
  

No comments:

Post a Comment