Tuesday 14 May 2013

PRESTASI BURUK UMNO/BN DI DALAM PRU13. JENTERA YB AHMAD MAZLAN MATI PUCUK.



Prestasi teruk UMNO/BN  adalah kelemahan jentera penerangan pusat dan negeri. Ini adalah berdasarkan kepada kelemahan ketara di Melaka. Aktiviti penerangan tidak diketahui langsung dan dibuat secara ad hoc dan impromtu. Didapati ramai penyokong tidak mengetahui pembesar Negara atau ikon politik akan datang berceramah. Infomasi tiada. Penulis hampa kerana tiada pemberitahuan langsung, sekurang kurangnya buatlah penanda / pemberitahuan di simpang jalan atau pokok (seperti jemputan majlis perkahwinan) atau sms. Kualiti penceramahnya teruk dan tidak setaraf. Penulis sempat menghadiri 3 ceramah di Cheng, Melaka. Didapati hanya anggota jentera parti dan beberapa tetamu / jiran tuan rumah. Nasib baik kami semua penyokong tegar BN/UMNO. Tidak perlu nak  rayu panjang panjang. Kita kena menerangkan kepada bukan penyokong BN. Sepanjang tempoh kempen, penulis tidak pernah mendengar YAB Dato Seri  Mohd Ali, calon Parlimen Bukit Katil datang ke kawasan Cheng, melainkan Majlis Pecah Tanah Tapak BOMBA dan PENYELAMAT. Mungkin Dato Seri Mohd Ali sibok  bertarung di Parlimen Bukit Katil. Nasib baik YBhg Sazali Mohd Din, ADUN Paya Rumput hadir sekejap memperkenalkan diri pada hadirin. YBhg Datuk Prof Dr Abu Bakar Mohd Diah, Ahli Parlimen TanggaBatu langsung tidak menjelma. Mungkin tiada kesempatan. PRU dulu dulu WANITA UMNO BN sampai ke rumah penulis. PRU 13 tidak nampak langsung.
Penulis pernah komen pasal BN kalah bendera di Cheng,Melaka dan setelah ditegur, barulah bendera BN megah berkibar.
TAK NAK YB Ahmad Maslan sebagai ahli kabinet mahupun Ketua Penerangan UMNO.

No comments:

Post a Comment