Thursday 16 May 2013


DATUK SERI NOH OMAR KECIL HATI KE?


Hanya Datuk Seri Noh Omar yang `tercicir’ daripada barisan Kabinet Malaysia 2013.

Penulis seakan merasa ada yang tidak kena diantara DS Najib dan DS Noh. DS Noh adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor, selepas kekalahan BN di dalam PRU12 yang lalu.

Menghampiri bahang PRU, DS Najib memilih Datuk Ir Mohd Zin Mohamed menjadi Pengarah Pilihanraya Selangor. Langkah ini mungkin diambil kerana DS Noh sibok di Kementerian Pertanian manakala Datuk Ir Mohd Zin yang lebih mempunyai masa di Selangor. Pengkhususan boleh diberikan.

Selepas Parlimen dibubarkan pada 4hb April 2013 yang lalu, penulis merasa persaingan menjadi MB Selangor bermula. DS Noh mengharapkan beliau turun ke DUN Selangor dan jika BN menang di Selangor, beliau berpeluang manyandang kerusi MB. Persaingan hebat ini hebat kerana berlakunya gelombang TUKAR di Selangor dengan pengundi Cina menyertai semua program yang dihadiri DS Najib.  Semua tahu yang BN kalah dan Datuk Ir Mohd Zin tewas tipis di Parlimen Sepang. Rasa kecil hati dan tiada selesa jelas di mata DS Noh Omar ketika pengumuman dan penyerahan watikah DS Noh bertanding di Parlimen Tg Karang oleh DS Najib.


Kecil hati ini diteruskan oleh DS Najib dengan mencicirkan DS Noh Omar dari barisan Kabinet  Malaysia 2013. bayangkan tekanan yang DS Noh hadapi. Seorang sahaja tidak terpilih. Kalau 5 orang Menteri barisan lama tidak terpilih, rasanya kurang sedikit tekanan dan malu.

Sebagai pencinta parti, penulis harap DS Najib dan DS Noh dapat melupakan apa jua perasan tidak puas hati atau kecil hati. Tidak mengira siapa yang kena dan mengena. Bersatulah demi agama bangsa dan Negara serta parti UMNO / BN. Saya yakin DS Noh seorang pejuang kental.

No comments:

Post a Comment