Tahniah Harimau Malaya kerana menang keatas Yemen 2-1. Tapi...
Artikel mengenai JDT
memborong habis pemain dan jurulatih Kelantan, seperti di sini http://nasirwise.blogspot.com/2014/03/mungkinkah-jdt-menjadi-kelab-popular.html menurut rakan
bloger USIN, menyebabkan ketidak adilan atau berat sebelah dan tiada
keseronokan berbolasepak lagi. Tiada keaslian kerakyatan. Salah satu komen ialah :-
Pada penulis, yang
adil hanya Allah SWT. Dunia tidak akan berlaku adil kepada kita terutamanya di
dalam sistem `free capital’. Ia bermaksud pasukan yang banyak duit atau
kelihatan kukuh kewangan dan prospek masa hadapan, pasukan itu akan kuat kerana
berkeupayaan membeli pemain terbaik.
JDT mungkin bercita
cita seperti Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich, Machester United dll tetapi
perjalanan misi masih jauh. Manchester
United boleh bayar RM1.6 juta seminggu kepada Wayne Rooney. Begitu juga Barcelona
yang membayar gaji Lionel Messi dan
Neymer hampir RM1 juta seminggu. Inilah trend bolasepak dunia dan Malaysia
tidak terkecuali. Tindakan JDT di dalam merancakkan bolasepaknya hanyalah 0.1
peratus daripada usaha dan peruntukan yang dilakukan oleh kelab gergasi
bolasepak.
Barcelona, Real
Madrid, Bayern Munich dan pasukan Liga Inggeris seperti Chelsea, Manchester
City, Arsenal dll mempunyai pemain terbaik dunia. Mereka tidak merasa pasukan mereka
yang zalim dan tidak adil kepada pasukan lain. Sebab itu kebanyakan negara
menyediakan Division 1 dan Division 2. Pasukan yang kuat akan bertarung di
dalam Division 1. Daripada Division 1,
ada beberapa pasukan terpilih mengikut susunan akan layak bertanding di Liga
Europa pulak. Manchester United mungkin juara Liga Perdana Inggeris tetapi
tercicir di peringkat Europa. Di Malaysia, FAM pun mensyaratkan hanya 4 pemain
import di dalam satu satu permainan. Kalau tiada syarat, JDT mungkin sudah di
anggotai 11 pemain import.
Bolasepak sama seperti
bersaing di dalam perniagaan. R&D Proton mungkin tidak sebesar R&D
Honda. Akibatnya kereta Honda lebih `baik’ mutu dan kemasannya daripada Proton.
Pasaraya TESCO amat besar dari segi modal dan rangkaiannya. Ia `membunuh’ kedai
runcit atau mencergaskan kedai runcit supaya lebih proaktif untuk bersaing.
Pada penulis, harga yang ditawarkan amat mustahak. TESCO menawarkan harga
terrendah berbanding dengan kedai runcit dan menguntungkan rakyat berpendapatan
rendah.
FAM membenarkan 4
pemain import untuk setiap pasukan. Jadi setiap pasukan boleh mendapat pemain
yang mereka mahu dan mampu. Pemain baik kena bayar lebih. JDT mempunyai Tuanku Ismail
sebagai sandaran. Pasukan negeri lain pun ada Kerabat Raja tetapi ada ke yang
terlalu minat dengan sukan bolasepak. Tuanku Ismail mahu `invest’ duit dan masa
untuk pembangunan sukan rakyat. Jika tidak pun `pertolongan’ itu merupakan
sumbangan Kerabat Raja kepada negeri Baginda.
Selain itu, setiap
negeri ada ramai jutawan dan GLC negeri yang boleh digembeling masa dan duit
mereka untuk sukan. Tetapi negeri lain tidak seberani dan seminat JDT.
Dalam bolasepak kita
tidak akan berlaku adil. Kita tidak boleh buat peraturan saiz badan pemain
hanya 5’10’’ sahaja atau berat badan tertentu. Pemain PSG dan Sweden, Ibrahimovic
sebagai contoh bertinggian 6’5”. Kita tidak boleh memohon daripada badan
bolasepak FIFA supaya Malaysia kena bermain dengan rakan rakan se Asean sahaja.
Piala Dunia melibat negara lain.
Ringkasannya, sukan
bolasepak sangat dinamik. Tren mengajikan pemain terbaik dalam negeri dan luar
negeri dan bergaji tinggi sedang berlaku. JDT memimpin pasukan negeri lain di
dalam hal ini. Suasana ini ada kebaikan dan kelemahan tetapi inilah bolasepak. Pasukan
yang tidak mempunyai kewangan yang kuat tidak berkeupayaan membeli pemain.
Penulis beranggapan
menggajikan pemain terbaik adalah satu pelaburan. Macam membuat kilang. Kita
kena `invest’ jutaan untuk mendirikan kilang dan peralatan mesin terlebih
dahulu, sebelum kilang tersebut menghasilkan produk. Apabila produk dijual, ada
sebahagian keuntungan yang diperolehi. Apabila jual banyak unit, barulah untung
mendatang.
Kelab gergasi
bolasepak dunia seperti Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich dan Kelab
Inggeris membelanjakan jutaan ringgit untuk mendapatkan pemain terbaik. Setakat
ini pemain termahal di UK ialah Wayne Rooney di mana Kelab Manchester United
membayar gaji RM1.6 juta seminggu.
Malangnya ada
peminat sukan dan pengkritik mengatakan usaha JDT itu tidak adil dan tidak ada keseronakan.
Pada penulis, bolasepak
memang tidak boleh berlaku adil. Kelab yang kaya perlu membeli pemain terbaik
untuk menguatkan pasukannya. Apabila pasukannya kuat dan menjadi juara, kelab
menjadi popular dan ramai peminat. Apabila menjadi juara, wang kemenangan
berjutaan. Sahamnya meningkat dan para penaja bernilai jutaan ringgit akan
beratur untuk menaja pasukan popular itu. Jika ada perlawanan, peminat memenuhi
stadium. Barangan pasukan seperti TShirt dll dijual habis. Jualan online amat
cergas.
Pemain bolasepak
kena pandai bermain. Pemain kena menjaringkan gol dan pandai mengelakkan
kecederaan. Pemain kena tahu mengendalikan diri apabila berhadapan dengan
pemain yang tinggi dan bersaiz besar.