Wednesday 5 March 2014

ARIANA ROSE


Drama ini mempunyai peminat dan pengikut yang begitu ramai.Pak Cik dan Mak Cik. Dara dan Teruna. Melayu dan Cina. Pelajar sekolah rendah, Menegah dan Pengajian Tinggi. Ending drama yang baik. Ini bermaksud orang bercinta yang melalui pelbagai halangan akhirnya di ijab kabul jua.

Penulis bersetuju dengan komen peminat yang perjalanan cerita episod akhir kurang sempurna. Adam dan Ariana setelah berkahwin pergi honeymoon tetapi masih di rendong dugaan dan syak was sangka.  Sepatutnya dugaan habis sebelum naik pelamin.

Antara pengajaran daripada drama iniialah orang yang berjauhan dengan agama kembali mentaati Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Strategi bisnes kadang kadang amat kotor. Ada ahli perniagaan yang pemurah dan tamak. Orang yang jahat dihukum jahat. Orang baik mendapat kebaikan. Orang kaya berseronokan tetapi masih ada sifat membantu anak yatim dan kurang bernasib baik.

Peminat drama Ariana Rose akan balik cepat kerja setiap hari Isnin-Khamis. Drama ini menjadi bualan waktu makan tengahari dan rehat. Anak dara terpegun dengan kehandsomean Keith Foo. Peminat semakin marah dan geram dengan Nabila Huda kerana lakonan `jahat’nya menjadi. Peminat berharap Ariana Rose menyukai dan kemudian mencintai Adam. Peminat tidak membuat temujanji pada hari tersebut jam 7-8 malam.

Jika dipertandingkan di dalam Drama Festival, pasti memang banyak ketegori. Drama Ariana Rose dijadikan sebahagian daripada tema Drama Festival Kuala Lumpur. Nama Keith Foo dan Ariana menjadi gurauan pengacara dan pelakon.


Selamat maju jaya drama ku

No comments:

Post a Comment