Tuesday 18 March 2014

ANTARA DS ANWAR IBRAHIM DAN DS HISHAMUDDIN. CABARAN AMAT BERAT



Penulis mempunyai pandangan tersendiri terhadap kerjaya dan cabaran yang di hadapi oleh 2 pemimpin ini iaitu DS Anwar Ibrahim dan DS Hishamuddin Tun Hussein. Kedua dua pemimpin ini senantiasa di uji kesabarannya dan kecekapannya. Mereka di uji untuk mengatasai masalah yang mereka `create’ atau difitnah mahupun mendatang tanpa di duga.

DS Anwar bergelumang dengan perundangan setiap masa sejak meninggalkan UMNO. Semasa menjadi mahasiswa beliau sering berada di jalanan dan lokap. Beliau menghabis kehidupan beliau berlawan di Mahkamah atas kesalahan yang beliau lakukan atau kononya di `granddesign’ oleh UMNO. DS Anwar terpaksa memikirkan strategi dan alasan kukuh untuk mewujudkan keraguan. Beliau kena mencari jalan untuk menepis gambar dan rupabentuk badan yang tersiar di video clip atau CCTV sebagai palsu atau `look like me but it is not me’. Selain itu, beliau perlu berkonspirasi dengan isteri dan keluarga serta para peguamnya dan pengikut tegarnya yang beliau Mr Clean’. Satu lagi misi besar ialah mempengaruhi penyokongnya supaya mempercayai `gorengan’ beliau mengenai `penindasan’ UMNO dan BN tehadap beliau. Ini bermakna terlalu banyak masa di habiskan di Mahkamah dan stakat ini, ia membawa banyak kejayaan kepada DS Anwar dari segi politik (menghalang seseorang bercakap mengenai kes nya) dan kewangan (selalu menang kes saman)

Dalam banyak para Menteri, penulis berpendapat DS Hishamuddin paling sibuk, diuji tinggi dan rendah dan setengah tengah kes menjejaskan atau memperbaiki kepopularitian.

Kecekapan DS Hishamuddin di uji semasa menjadi Menteri Pelajaran lagi. Gerakan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) antara yang paling mencabar kerana demonstrasi besaran dan desakan mantan Tun Dr Mahathir agar dipertahankan dasar. Demonstrasi berjaya memujuk kerajaan menukar dasar. Sebelum itu, Tun Dr Mahathir menyesorkan matapelajaran sain dan matematik di dalam bahasa Inggeris kerana hampir kesemua buku buku teknologi, adalah ditulis di dalam bahasa Inggeris. DS Hisham tunduk kepada desakan minoriti rakyat dan gerakan bersepadu PKR dan PAS. Beliau terselamat kerana berlakunya rombakan kabinet. Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang portfolio pelajaran/pendidikan dan terpaksa bertanggongjawab menerima desakan dan memujuk Tun Dr Mahathir, walaupun beliau telah bersara.

DS Hishamuddin bertukar portfolio Kementerian Dalam Negeri. Sekali ini, beliau terpaksa menerima gelaran `Menteri Amaran’ daripada rakyat kerana tidak mengambil tindakan terhadap pendemonstrasi HINDRAF, Bersih 1, bersih 2 dan Bersih 3. Beliau sempat juga mendapat pengalaman melihat perhimpuan haram Blackout. Beliau dilihat menghadapi masalah untuk melaksanakan undang undang. Para penyiasat gagal membantu Pendakwa di dalam pendakwaan di Mahkamah. Popularitinya merundum teruk. Awal tahun 2013, peristiwa Pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu mencemaskan negara. Kerajaan berunding hampir 1 bulan dengan pengganas tetapi dibalas dengan kematian 12 anggota keselamatan. Alhamdulilah dengan gerakan bersepadu dengan Kementerian Pertahanan, pengganas Sulu dapat ditahan dan ditembak mati.

Selepas PRU13, beliau bertukar kerusi dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.

Sekali lagi setiap kementerian yang beliau terajui amat mencabar. Kementerian Pengangkutan bertanggungjawab perlaksanaan AES. Projek ini murni kerana bermatlamat untuk mengurangkan kemalangan jalanraya. Sistem Kamera ini sekali gus mengurangkan interaksi pegawai Trafik atau PDRM dengan pesalah. Index rasuah menurun kerana tiada tawar menawar. Dendanya telah ditetapkan. Malangnya rakyat Malaysia mementingkan bagaimana dan siapa yang dapat projek itu. Ada unsur rasuah dan ada keuntungan berlebihan tak di satu pihak?. Dendanya membebankan. Perlaksanaannya tertangguh dan Kerajaan terpaksa mengambilalih AES ini. Harap ia dapat dilaksanakan segera.

Sebelum ini, di dalam tempoh perkhidmatan sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, sekitar 21 ogos 2013, sebuah bus telah terhumban ke dalam gaung dan  menyebabkan kematian 37 penumpang di Genting Highland. Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan dan puncanya dicari.

DS Hishamuddin sekali lagi dipertanggongjawab perlaksanaan dan pembukaan KLIA2 yang tertanggoh 6 kali. Penulis diberitakan tarikh pembukaan dan operasi KLIA2 masih ditetapkan pada 2 Mei 2014. Dengan perkembangan terbaharu MH370, adakah Kerajaan akan meneruskan pembukaannya walaupun di andaikan pembinaannya selesai dan selamat digunakan. Penanggohan pembukaan KLIA2 menjejaskan kecairan kewangan negara.

Yang paling mencabar dan menyedihkan buat DS Hishamuddin ialah kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac yang lalu. Sehingga hari ini, Malaysia dengan bantuan lebih 20 negara lain, masih gagal mengesan lokasi pesawat tersebut. Setiap petang 5.30 petang, DS Hishamuddin akan membuat Sidang Media untuk memaklumkan perkembangan terkini. Amat menghairankan kerana dengan kecanggihan yang ada, MH370 hilang tanpa dikesan dan dipercayai berada di Koridor Utara dan Koridor Selatan. DS Hishamuddin terpaksa menjawab pemberita, kaum sanak keluarga mangsa, berkerjasama dengan ketua ketua SAR Negara lain dan menjadi jurucakap Kerajaan.


Penulis harap pengakhiran yang baik buat DS Hishamuddin Tun Hussein di tahun mendatang. Saya berdoa perjalanan politik yang lebih cerah (kekal sebagai salah seorang Naib Presiden dan seterusnya) serta kesihatan yang lebih baik (dijauhi serangan jantung).

No comments:

Post a Comment