Penulis melihat ketidakadilan Amerika Syarikat di dalam banyak kes. Terkini di GAZA. Amerika Syarikat terus memberikan sokongan moral dan bekalan peluru dan bom mortar kepada Israel untuk membunuh pejuang Hamas cum rakyat GAZA dan Palestin.
Amerika Syarikat dan sekutunya juga menuduh Rusia bertanggungjawab di atas insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak pemisah yang di sokong oleh Rusia. Rusia membekal peralatan peperangan kepada Ukraine tetapi pihak pemisah Donestk berjaya merampas BUK tersebut.
Dengan sertamerta Rusia di kenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya walaupun status sebenarnya belum diumumkan ole Belanda dan ICAO.
Umat Islam Malaysia hanya boleh berdoa dan menghantar bantuan bekalan ubatan dan para doktor. Berperang kita tidak ada kemampuan.
Tetapi rakyat Malaysia khasnya umat Islam boleh melakukkan sesuatu. BAIKOT. Melalui pemerhatian, sebagai contoh Restoran McDonald mengalami penurunan jualan yang mendadak. Kempen Baikot anjuran rakyat Malaysia akan lebih berjaya jika setiap umat Islam dan Melayu melakukan baikot. Tekadkan hati menjauhi Restoran McDonald.
Kerajaan Malaysia berada di tengah tengah. Kerajaan maukan pelaburan tetapi pada masa yang sama menyokong Palestine. Perhubungan dengan kerajaan luar negara perlu di pelihara. Sokongan di belakang tabir mesti di hulurkan jikalau segan hendak berdepan. Parti UMNO mesti kehadapan.
Jika HSBC di Malaysia bersempati dengan Israel, dan menolak pembukaan bank akaun untuk Tabung Tabung Kemanusiaan, pelanggan Islam dan korporat atau GLC perlu keluarkan wang simpanan dari HSBC. Gunakan bank lain untuk bertransaksi.
TESCO Malaysia yang mempunyai pertalian dengan Yahudi telah mengambil langkah untuk menghentikan pengimportan barangan dan buah buahan dari Israel untuk rangkaiannya di Asia.
ASTRO dikritik hebat kerana menggunakan perkhidmatan syarikat kaitan Israel di dalam sala satu sistem mereka.
Di luar negara, seperti yang di laporkan di Bisik Bisik Awang Selamat, baikot ini adalah menyeluruh. Penyanyi dan artis, Pemain Bolasepak terkemuka dan tokoh pendidikan serta Pentadbiran Penerbangan Persekutuaan (FAA) juga sedang membaikot Israel. Pelancongan terjejas, persembahan artis di batalkan, permainan bolasepak yang melibatkan pemain Israel dikaji semula. dsb.
Alangkah baiknya jika bekalan minyak di baikot penjualannya ke Israel. Hubungan diplomatik di putuskan. Pejabat konsul ditutup sementara. Dunia Arab yang kelihatan tidak membantu, rakyat Islamnya boleh bertindak sesama mereka. Tidak perlu menganggotai kumulan militan. Jadi militan baikot sudah memadai. Dunia terpaksa berhadapan dengan Israel melalui kaedah Baikot dari semua negara Islam. Tidak cukup dengan laungan dan hantar memo dan demonstrasi. Baikot menjejaskan ekonomi Israel walaupun lambat sedikit.
MAS kena tunjukkan tauladan yang baik. Cuba elak membeli kapalterbang buatan syarikat Amerika Syarikat. Cuba `rehat' pembelian kapal terbang untuk 5 tahun. Air Asia di saran juga berbuat sama.
http://inijalanku.wordpress.com/parti2/aaa-senarai-produk-boikot-israelusa/
Minta pencerahan dari Admin... Nama Sime Darby ada dlm voucher TESCO... adakah sime darby mempunyai saham dalam TESCO.
ReplyDeleteSeingat Admin, Sime Darby mempunyai 30 peratus saham di dalam TESCO Malaysia. Hanya selepas satu tempoh (mungkin 15-20 taun), Sime Darby akan menguasai TESCO. Ia termasuk di dalam program khas Kerajaan.
DeleteBoikot besar-besaran barangan Israel, Amerika Syarikat
ReplyDeleteKUALA LUMPUR 3 Ogos - Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang semakin ketara menyokong tindakan ganas Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza wajar diberikan pengajaran secukupnya melalui penglibatan masyarakat terbanyak di negara ini.
Sehubungan itu, Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin mengajak seluruh rakyat negara ini mempertingkatkan kempen memboikot produk Israel dan AS.
"Pembabitan AS secara langsung dalam peperangan di Gaza wajar diberikan pengajaran. Orang ramai disaran untuk memboikot produk dari Israel dan AS secara besar-besaran kerana kempen memboikot (BDS - Boycott, Divestment and Sanction) yang turut dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi dan pengguna di seluruh dunia adalah satu pendekatan berkesan.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140804/dn_04/Boikot-besar-besaran-barangan-Israel-Amerika-Syarikat