Wednesday 20 August 2014

ZUHDI TEGUR PUCUK PIMPINAN PAS

Zuhdi tegur pucuk pimpinan Pas



Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Muhd Zuhdi Marzuki menegur PAS kerana memberikan tumpuan yang salah terhadap Selangor. PAS seharusnya membantu Kerajaan Selangor memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyatnya akan tetapi lebih melayan dan memetingkan agenda peribadi Anwar Ibrahim. Berita selanjutnya adalah di lampirkan.


Kritikan ini walaubagaiamanpun akan membawa implikasi yang kurang baik buat Dr Zuhdi. Beliau akan di musuhi oleh Anwar Ibrahim dan geng mereka di dalam PAS. Dr Zuhdi mungkin senasib dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa ataupun Datuk Dr Hassan Ali, iaitu di pecat dari PAS. Atau beliau tidak akan di calon semula di dalam AJK Pusat yang menyebabkan suara beliau tidak kedengaran di dalam Majlis PAS.



ZUHDI TEGUR PUCUK PIMPINAN PAS


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pucuk pimpinan Pas perlu memiliki sikap negarawan dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pakatan pembangkang.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki (gambar) berkata, Pas sebagai sebuah parti Islam sepatutnya berfikir di luar kotak dan bukannya melihat dari sudut pertembungan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) atau antara Pas dan UMNO.


Menurut beliau, kecenderungan pimpinan tertinggi Pas menelaah situasi krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan situasi politik yang lain melalui kerangka pemikiran yang sempit adalah mengejutkan.
"Lebih sembilan bulan kepentingan rakyat Selangor dan kebajikan mereka dikebelakangkan kerana agenda PKR dan peribadi Anwar.

"Mengapa tidak ramai pimpinan pakatan pembangkang yang berani tegur kecenderungan politik PKR dan Anwar yang mementingkan agenda parti dan individu," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Kelmarin, Jawatankuasa Pas Pusat membuat keputusan untuk mencadangkan nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak kerana ia menolak pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan pentadbiran Abdul Khalid. Mohd. Zuhdi memberitahu, pakatan pembangkang seharusnya memikirkan pula tentang bagaimana mereka boleh berpolitik untuk kepentingan rakyat dan negara. Beliau menambah, rakyat Selangor telah diheret dalam kemelut politik yang tidak berkesudahan khususnya melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan isu air yang dipolemikkan.

"Akibatnya, kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang disenangi rakyat terganggu dan merencatkan inisiatif pegawai-pegawai kerajaan yang berdedikasi untuk menjaga kepentingan rakyat," ujarnya.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20140820/po_03/Zuhdi-tegur-pucuk-pimpinan-Pas#ixzz3AtRnFsWl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment: