Manchester United sudah relevan musim baru ini selepas jurulatih baru di lantik. Louis Van Gaal dari Belanda dilantik oleh pengurusan dan diberikan mandat untuk membelanjakan RM1 bilion untuk membeli pemain. Dengan `few adjustment' beberapa pemain baru, Manchester United menjuarai Piala Juara Juara Antarabangsa yang berlangsung di Amerika Syarikat. Awal pagi Selasa 5 Ogos, Manchester United mengalahkan Liverpool 3-1. Manchester United menewaskan LA Galaxy, AS Roma, Real Madrid dan Liverpool., walaupun tanpa beberapa lagi pemain lain seperti Robin Van Versie, Vidal dan Robben(?).EPL akan bermula 16 Ogos 2014 nanti.
Harimau Malaya akan bertanding di Piala AFC Suzuki tidak lama lagi. Malaysia di undi di Kumpulan B atau Kumpulan Maut bersama Singapura dan Thailand. Jurulatih Dollah Salleh sedang memperkemaskan pasukan Harimau Malaya. Jumaat ini Harimau Malaya akan melawan Tajikistan sebagai persediaan. Dollah Salleh menterapkan strategi serangan di dalam Harimau Malaya. Semoga kita mendapat penghasilan yang baik.
JDT pula agak senyap semasa pra musim Super Liga ini. Mungkin ka strategi JDT merahsiakan latihan mereka. Juga tidak diberitakan pembelian pemain baru untuk JDT1 dan JDTII. Penulis harap TMJ dan pengurusan PBNJ memperkuatkan JDTII supaya setanding dengan JDTI dan pasukan lain.
Penulis pernah menulis tentang cadangan majlis pertunangan TMJ dengan gadis pilihan Tunku Ismail dari Selangor. Jadi ke atau masih tertangguh.?
http://nasirwise.blogspot.com/2014/07/jdt-akan-kelesuan-selepas-oktober-2014_6.html
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140805/su_09/Piala-AFF-Malaysia-dalam-kumpulan-maut
ReplyDeletehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/RedDevilssudahtemurentak_mahugegarsemula-VanGaal/Article/?mutakhir=1
ReplyDeletehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/
ReplyDeleteHarimauMalayakalah1-4kepadaTajikistan/Article/
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh nyata bukan tandingan Tajikistan selepas kalah 1-4 pada aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan, malam tadi.
Majibur muncul wira pasukan yang berada pada ranking ke-124 dunia itu selepas meledak empat jaringan, masing-masing pada minit ke-15, 35', 51' dan 53'.
Penyerang pasukan Johor Darul Ta'zim, Mohd Amri Yahyah menjaringkan gol tunggal untuk skuad kebangsaan menerusi sepakan penalti pada penghujung separuh masa pertama perlawanan.
Ia adalah tugasan antarabangsa pertama Dollah sejak dilantik pengendali baharu skuad Harimau Malaya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 9 Julai lepas.
Beliau menggantikan Datuk K. Rajagobal yang tidak disambung kontrak oleh FAM selepas gagal membawa Malaysia meraih slot ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Asia 2015 di Australia.
Malaysia dijangka menentang Jordan pada aksi persahabatan seterusnya, 11 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan persahabatan itu antara persiapan skuad Harimau Malaya dalam menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadual berlangsung di Singapura dan Vietnam dari 22 Nov hingga 20 Disember ini.
Skuad Harimau Malaya berdepan laluan sukar pada kejohanan bola sepak membabitkan negara rantau Asia Tenggara itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Singapura, juara tiga kali Thailand dan pemenang pusingan kelayakan.
Pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki akan berlangsung di Laos dari 12 hingga 20 Oktober ini membabitkan empat negara iaitu Myanmar, Brunei, Timor Leste dan Kemboja bagi merebut dua slot terakhir kejohanan. - BERNAMA