Penulis
ingin mengimbas kembali isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor 5 tahun
yang lalu. Ia berlaku kerana peralihan kuasa dari BN kepada PR/PKR. Perlantikan
SUK lazimnya di lakukan oleh SPA (Kerajaan Pusat) dan diangkat perkenaan Sultan
Selangor. Pada masa itu, PKR dan TS Khalid mahu `orang PKR' menjadi SUK kerana
di takuti SUK dari SPA mensabotaj Kerajaan Selangor. Lebih lebih lagi di
katakan SUK Perak memainkan peranan penting menumbangkan Kerajaan Perak DAP.
Datuk
Mohd Kursin Munawi, sebelum menjadi SUK adalah Pengarah JAKIM Selangor dan
secara kebetulan terlibat dengan tindakan tidak memulangkan rampasan
minuman keras yang di jual di 7 Elevan di Shah Alam. Kejadian dan ketegasan ini
menakutkan TS Khalid.
Ramai
tahu, MB tidak hadir Majlis Ikrar Taat Setia dan perlantikan SUK di Istana.
Datuk SUK tidak diberikan sebarang kerja dan di larang menghadiri Mesyuarat
EXCO untuk 3-4 bulan.
Kesian
melihat nasib Datuk Mohd Khursin. Beliau di sokong oleh Sultan Selangor tetapi
di baikot oleh PKR.
Moral
ceritanya (walaupun Penulis menyokong TS Khalid memegang terus jawatan MB
Selangor atau terbentuknya Kerajaan Campuran atau Pembubaran DUN), TS Khalid
kena melihat kembali tindakan yang beliau ambil dulukala terhadap orang lain.
Sekarang terkena batang hidup sendiri. Politikus atau pegawai Kerajaan perlu
mengambil pengajaran ini.
Sudah
kah TS Khalid berbincang dengan SUK akan tindakan tindakan yang boleh di ambil untuk
membantu TS Khalid Ibrahim? Kepada Datuk SUK, bantulah Tan Sri Khalid dan
KeBawah Duli Sultan Selangor.
Antara artikel berkenaan konflik SUK-MB Selangor
http://musramrakunman.blogspot.com/2010_12_01_archive.html
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aziz-bari-pusat-negeri-konflik-elak-lantik-khusrin-suk-selangor
http://www.beritasemasa.com.my/isu-suk-selangor-raja-raja-melayu
No comments:
Post a Comment