Tuesday 5 August 2014

UMNO ADA RUNDINGAN `NAJIB-ALEXANDER BORODAI' DALAM KES MB SELANGOR?


Terkini TS Khalid Ibrahim diberikan surat tunjuk sebab 3 hari (kebiasaannya 14 hari) untuk PKR tidak mengambil tindakan dislipin terhadapnya. Kesalahannya TS Khalid ialah keengganan mematuhi keputusan pucuk pimpinan PKR. Tindakan disiplin yang boleh diambil ialah pemecatan dari keahlian.Tricknya di sini iala apabila MB di pecat keahliannya, beliau tidak berkuasa sebagai MB dan tidak `legal’ meminta Dewan dibubar. Sultan Selangor pun akan menghadapi masalah merestui pihak yang benar.

TS Khalid tidak mempunyai masa yang panjang untuk membuat keputusan. Rata rata mengatakan atau meramalkan TS Khalid akan bertukar parti menjadi ahli PAS. Kemudian TS Khalid akan mempelawa UMNO bergabung untuk menubuhkan Kerajaan Campuran yang baru untuk Selangor.

Jesteru itu TS Khalid perlu berunding dengan PAS mengenai hasratnya dan dipersetujui secara mutlak. Barang di ingat, PAS mempunyai satu hobi iaitu memuat U Turn di dalam sesuatu keputusan. Pada masa kini Tuan Guru Hj Awang dan Tuan Guru Nik Aziz menyokong TS Khalid menjadi MB Selangor kerana tiada isu. TS Khalid tidak boleh rasa selesa dengan PAS kerana PAS ada `kontrak sosial' dengan PKRdan DAP. PAS tidak cukup berani untuk membuat keputusan kelaur PR. Jika tidak silap, ada berita terkini mengenai ikrar 15 ADUN PAS untuk setia dengan `nasihat' Presiden PAS tentang kedudukan di Selangor.

Di dalam PAS Pusat dan DUN pun, ramai juga ADUN/Ahli Parlimen dan pucuk pimpinan PAS yang menyokong Anwar Ibrahim. Dr Hatta Ramli, Datuk Sallehudin Ayub, Datuk Mahfoz Omar, Datuk Husam Musa dan Mat Sabu adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim.

UMNO akan menjadi pelengkap kepada usaha TS Khalid. !2 ADUN UMNO sudah menyatakan pendirian akan menyokong TS Khalid manakala seorang ADUN PKR akan menyebelahi TS Khalid. Ini menjadikan PAS (15) + UMNO (12) + PAS baru/Bebas Baru (2).


Penulis percaya rundingan rahsia `ala Najib-Alexander Borodai'di dalam kes kerajaan campuran diadakan tanpa pengetahuan orang ramai atau tidak di masukkan ke dalam WhatsApp.

Sesungguhnya berunding dengan Borodai lebih senang berunding dengan pemimpin PAS.

No comments:

Post a Comment