Wednesday 6 March 2013

ADA PIHAK SEDANG KETAWAKAN BN APABILA BERLAKUNYA INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU



Pencerobohan bersenjata oleh Tentera Kesultunan Sulu (kononnya ) di Sabah menepati aspirasi DS Anwar Ibrahim dan rakan rakan di dalam menghadapi PRU13. DS Najib dan BN amat popular dan disenangi rakyat. DS Anwar akan berterima kasih jika kesibokan DS Najib dan Kerajaan Malaysia menyelesaikan masalah pencerobohan di Sabah, telah mengurangkan `serangan politik’ keatas Pakatan Rakyat. Bernafaslah sikit.
Jika di analisa secara mendalam, Pakatan Rakyat gembira dengan strategi ataupun secara kebetulan `mengkelam kabutkan’ Sabah. Sebabnya amat relevan.
Sabah dan Sarawak adalah `fixed deposit’ BN sejak sekian lama. Kekebalan BN di Sabah dan Sarawak lah yang menyebabkan perjalanan DS Anwar Ibrahim ke Putrajaya tersekat dan terhalang. Sebab itu mereka berkerja keras, naik turun dan janji sana sini, dengan harapan Pakatan Rakyat akan mendapat kerusi yang selesa untuk memenangi banyak kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.
Sabah kini di landa situasi ketakutan ekoran daripada insiden pencerobohan tersebut. Rakyatnya bimbang pre dan pra insiden pencerobohan. Penceroboh mungkin ditumpaskan tetapi dendam terus menyala. Mereka boleh menggangu rakyat Lahad Datu, Semporna dan Kunak ketika mengundi nanti. Jika keadaan tidak stabil, kemungkinan rakyat akan menjauhi tugas keluar undi. BN akan terima tembiasnya.

Lahad Datu luas dan FELDA memiliki ribuan ekar di Lahad Datu. Insiden pencerobohan berlaku di Kampong Tanduo iaitu amat berhampiran dengan  FELDA Sahabat 16 dan 17 . FELDA juga `fixed deposit’ DS Najib dan BN. Lebih kurang 15,000 keluarga FELDA di Lahad Datu dan satu angka yang agak besar dan majoritinya adalah penyokong kuat BN. Apa akan teradi jika peneroka takut keluar mengundi kerana takut dengan pra dan pre insiden atau peneroka bersempati atau marah dengan tindakan Kerajaan memerangi penceroboh yang juga mungkin saudara mara mereka?

Insiden pencerobohan bersenjata ini telah membawa 5 batelon (ada laporan 7 batelon) ke Lahad Datu. Anggota keselamatan PDRM ramai juga dan tidak diketahui bilangannya. Penulis tidak pasti jumlah anggota untuk 1 batelon. Anggota Keselamatan selalu dianggap sebagai `caturan akhir’ BN jika sesabuah kawasan itu BN akan kalah. Kononnya dengan memasukkan kertas undi POS dan Tentera, calon BN akan menang di kawasan tersebut.
Apa akan terjadi jika ramai anggota keselamatan bertugas di Lahad Datu dan tidak berkesempatan keluar undi?

Wahai perwira ku DS Najib, TS Muhyiddin dan BN, tolong amati teori ini.

No comments:

Post a Comment