Wednesday 27 March 2013

ROMBAKAN KABINET MEMPERLENGKAPKAN KEKUATAN BN DAN DS NAJIB.



Tun Daim berpendapat BN dan DS Najib boleh menang PRU13 nanti jika ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan. Jika dilihat dari situasi politik semasa, komponen komponen parti dalam BN, suasananya tenteram dan tiada pertenglikahan sesama mereka. Hubungan mereka baik dan harmoni. Penulis tidak pasti pulak apabila nama calon diumumkan kelak. Harap mereka yang tidak terpilih, jangan terasa kecil hati dan kecewa. Musuh sebenar kita bukan wakil yang dipilih oleh PM tetapi wakil DAP-PKR-PAS atau geng Anwar Ibrahim. Musuh ini mesti ditewaskan secara demokratik. Ayoh rakan rakan dan rakyat Malaysia yang cintakan pembangunan, kestabilan, kemakmuran Negara dan hidup bersatu serta dihormati dunia, marilah kita UNDI BN, once foreall,
DS Najib dinasihati oleh Tun Daim supaya merombak anggota kabinetnya.  Dikatakan anggota kabinetnya ramai yang `tarikh luput’. Persoalannya bila masa yang tepat untuk mengumumkan atau melakukannya?
Contohnya DS XXXX adalah salah seorang ahli jemaah menteri selama 1-3 penggal. Dan dirasakan DS XXXX harus di bersara kan. DS Najib boleh membuat keputusan untuk tidak mencalonkan DS XXXX menjadi calon di PRU13 akan datang. Tindakan ini secara tidak langsung memberitahu DS XXXX dan rakyat bahawa DS XXXX tidak akan menjadi Menteri lagi.
Selain daripada itu DS Najib boleh mencalonkan semula DS XXXX sebagai calon wakil rakyat tetapi apabila BN memenangi PRU13, DS XXXX tidak dilantik sebagai Menteri. Tindakan ini boleh mengelirukan rakyat yang inginkan muka baru di dalam barisan Kabinet. Rakyat boleh mengundi atau tidak mengundi BN.
Ataupun atas mengenang jasa dan masih mampu menjadi `winnable candidate’ di kawasan tersebut, DS Najib boleh buat pengumuman sebelum PRU13 berlangsung, bahawa DS XXXX dipilih menjadi wakil rakyat tetapi tidak akan dilantik mengangotai Kabinet. Jadi rakyat faham dan boleh terima. Rakyat kena faham seseorang yang telah bekerja 15 jam setiap hari, akan merasa kekok jika tidak diberikan tugas.
DS Najib harus memikirkan juga peranan yang boleh pesara Menteri atau Timbalan Menteri atau Ahli Parlimen atau Ahli DUN mainkan selepas bersara.DS XXXX boleh dilantik ahli pengarah atau mengetuai sebuah GLC diperingkat Nasional. Ahli DUN boleh menganggotai GLC Negeri. Selain daripada pencen sebagai Menteri atau Timbalan Menteri atau Ahli Parlimen atau Ahli DUN, pesara boleh mendapat elaun.
Penulis mencadangkan `alternative’ ini kerana mantan ADUN biasa menceburi bidang perniagaan semasa menjadi wakil rakyat ( berjawatan exco tidak dibenarkan berniaga) dan jika tidak dipilih semula, pesara sudah boleh cari makan.
Penulis melihat sesaorang ahli politik dilantik memegang 2 atau lebih jawatan pengarah di dalam GLC nasional mahupun Negeri. Jangkamasa menjadi pengarah pun ditetapkan 5 tahun atau kurang. Di Melaka, terdapat lebih daripada 15 syarikat GLC yang menjalankan perniagaan dan pesara politik boleh menguruskan GLC tersebut.
Penulis ada mengulas mengenai kriteria wakil rakyat selain daripada bersih dan winnable candidate. Ia termasuklah restu dan kefahaman oleh isteri bakal calon wakil rakyat. Para isteri kena faham bahawa mereka turut menjadi macam wakil rakyat. Rakyat tidak mahu para isteri masam muka, sombong,tidak mesra, tidak mahu menyambut rakyat datang ke rumah, kadang kadang kena buat teh, kurang masa untuk shopping, suami akan sibok sepanjang masa dan balik lewat. Apabila isteri asyik kacau suami menjalankan tugas, si suami wakil rakyat akan berfungsi teruk.
Berbalik kepada ahli jemaah menteri yang tarikh luput seperti yang dimaksudkan oleh Tun Daim, siapa para menteri dan timbalan menteri yang sudi dan berani mengundurkan diri.? Sukar bagi mereka. Pada penulis, DS Najib terpaksa melaksanakan `step’ pertama iaitu mempraktikkan `theory of elimination’. Para Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli DUN yang `rasuah’ atau kelihatan melakukan rasuah, bermasalah moral dan keluarga yang teruk, berumur, menghadapi masalah kesihatan, terkenal dengan mutu perkhidmatan yang lemah,  terlalu lama menjadi wakil rakyat, wajib di klasifikasi sebagai `tarikh luput’. DS Najib perlu berjumpa dan berunding dengan para menterinya supaya undur diri. Biarlah ia dilakukan dengan sopan dan tertib dan di dalam suasana kekeluargaan. Wakil rakyat yang di pilih untuk bersara, sebenarnya wira wirawati Negara politik seperti anggota keselamatan di Lahad Datu. Sekali lagi majority memberikan perkhidmatan yang baik dan cemerlang, Cuma DS Najib perlukan muka baru seperti apa denyutan rakyat berkata.
Penulis harap dengan produk produk 1 Malaysia seperti BRIM2.0, transformasi ekonomi, politik dan sosial serta senarai muka baru 40-50 peratus Ahli Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN, BN akan berjaya dengan cemerlang di dalam PRU13 ini nanti.

No comments:

Post a Comment