Wednesday 20 March 2013

LIM KIT SIANG BERTANDING DI GELANG PATAH. MENGAPA GELANG PATAH? ADA LOMBONG EMAS ATAU SIMPANAN REZAB MINYAK?


Diberitakan Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, Johor. Kerusi inilah yang membuatkan DAP dan PKR bergaduh sesama sendiri. Mereka berebut rebut nak berkhidmat di Gelang Patah.
Parlimen Gelang Patah P162 merangkumi DUN Skudai N48 (Melayu 22%, Cina 54%) dan DUN Nusajaya N49 (Melayu:48%, Cina 39%). Jumlah pengundinya mencecah 105,000 pengundi dalam PRU12 yang lalu, BN memenangi kerusi ini dengan majoriti  8K undi. Wakil Rakyatnya ialah YB Tan Ah Eng. Mengapa Gelang Patah?
Kemungkinan 1
Adakah disebabkan lebihan undi yang kecil semasa PRU12 yang lalu?,Betul ke ia penyebab kepada keyakinan DAP dapat merampas kerusi Gelang Patah. Penulis harap BN, wakil rakyatnya dan Dato’ Ghani Othman sedar dengan minat baru DAP ini. Memang betul PRU12 yang lalu BN banyak kelemahan dan bukan DAP atau Pakatan Rakyat yang kuat.
Kemungkinan 2
Adakah mungkin pengundi Cina bertambah di Parlimen Gelang Patah, sehinggakan PR dan DAP yakin pengundi Cina mesti undi PR dan DAP?. Mereka tidak yakin beberapa  peratus pengundi Cina   telah kembali kepada BN. Mereka yakin Gelang Patah bertukar menjadi kerusi selamat Pakatan Rakyat.
Kemungkinan 3
DAP sengaja mahu menunjukkan peribadi dan kekuatan Abang Long DAP kepada Adik Long PKR. Gelang Patah sebenar `pentas mainan' bagi Dato Chua Jui Meng kerana Pulai Spring Resort terletak di sana. Banyak pelaburan Dato Chua dan adik beradik di sana.
Kemungkinan 4
Gelang Patah berhampiran serta berjiran dengan Singapura. Seperti dimaklumi, PAP menerajui politik di Singapura dan berharap jirannya Gelang Patah yang dihubungi melalui Jambatan Kedua Gelang Patah-Tuas, akan dikuasai DAP pulak. Politik Abang Adik.
Kemungkinan 5
DAP ingin mengukuhkan cengkaman pengaruhnya di Johor selepas Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Untuk menguatkan azam itu, DAP meletakkan Lim Kit Siang, yang pernah bertanding di Melaka dan Perak, untuk merampas kerusi tersebut. Penulis rasa Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Johor dan DUN Perak. Seperkara lagi, DAP ingin buktikan Lim Kit Siang yang sudah tua dalam politik boleh bertanding di mana mana atau calon wakil rakyat tanpa sempadan.
Kemungkinan 6
Gelang Patah berhampiran serta berjiran dengan Bandar Nusajaya dimana. Pusat Pentadbiran Kerajaan negeri Johor terletak di kawasan berhampiran. Penaklokan Gelang Patah oleh DAP memsimbolkan kejayaan DAP di Johor. Ia menujukkan DAP menghampiri Pusat Pentadbiran Johor.

Penulis tidak pasti samada BN sedar atau tidak dengan trend baru ini. Adakah wakil rakyat dan Ahli DUNnya serta Dato Ghani Othman sudah kerja keras menangkis pengaruh pembangkang. Adakah wakil BN berjaya mendekati rakyat di sana? Adakah MCA sudah mengorak langkah me`neutralise’kan ancaman DAP di kawasan tersebut dan yang berhampiran seperti Kulai.
Penulis harap PM dan TPM akan datang membantu BN di 5 kawasan yang BN kalah atau BN menang tipis. Aura PM dan TPM diperlukan di Gelang Patah untuk menewaskan Lim Kit Siang. 

1 comment:

  1. http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/04/lim-kit-siang-bakal-tersungkur-di.html

    ReplyDelete