Friday 1 March 2013

TAKZIAH KEPADA 2 ORANG ANGGOTA KOMANDO YANG TERKORBAN MEMPERTAHANAN KEDUALATAN NEGARA.


TAKZIAH KEPADA 2 ORANG ANGGOTA KOMANDO YANG TERKORBAN MEMPERTAHANAN KEDUALATAN NEGARA.
Penceroboh dari Kepulauan Sulu, Filipina telah memulakan tembakan dan serangan mortar sekitar 10 pagi tadi terhadap anggota keselamatan Malaysia yang menjaga persekitaran pantai Kg Landua, Lahad Datu, Sabah. Akibatnya 2 orang komando terbunuh dan lima lagi cedera. Anggota keselamatan kita telah membalas tembakan dan diberita 10 orang penceroboh telah menyerah diri, 1 terbunuh dan sebilangan lari ke perairan Lahad Datu.
Malaysia telah menawarkan serah diri dan keluar dari Lahad Datu tetapi adik bongsu Sultan Sulu dikata tidak menerima tawaran Malaysia malah tetap dengan pendirian bahawa Sabah adalah sebahagian dari Kesultanan Sulu.
Penulis harap anggota keselamatan Malaysia berjaga jaga di dalam menghadapi militant Kesuluan itu.
Takziah kepada keluarga anggota komodo yang terbunuh. Kepada yang cedera, harap bersabar dan cepat semboh.
ALFATIHAH KEPADA 2 ANGGOTA KOMANDO

No comments:

Post a Comment