Tuesday 12 March 2013

KUIN KENA DENDA RM270,000 OLEH KEM PENGAJIAN TINGGI KERANA AMBIL PELAJAR DIBAWAH KELAYAKAN.



Penulis bersempati dengan KUIN kerana didenda RM270,000 kerana mengambil 34 orang pelajar di bawah kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Diberitakan denda sejumlah RM50,000 seorang akan dikenakan keatas sesebuah Kolej Universiti jika didapati ada kes melanggar syarat.
Amat jelas sekali KUIN ditadbir dengan buruk sekali oleh seorang Rektor lantikan  Kerajaan PAS. Mengapa beliau berbuat demikian (melanggar syarat)?
Kemungkinan 1
KUIN tidak menghormati dan mengiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi yang dibawah Kerajaan BN. Jesteru itu tidak menjadi kesalahan kerana berlainan pentadbiran. PAS dan Rektor mengaplikasi `political decision’ di dalam pentadbiran mereka.
Kemungkinan 2
Rektor yang dilantik berkelayakan dari segi kelayakan sahaja tetapi tidak ada pengalaman dan kelayakan mentadbir sesebuah organisasi. Mengajar memang beliau berkebolehan tetapi mentadbir gagal teruk, lebih lebih lagi mentadbir KUIN yang status kewangannya teruk. Rektor dah biasa hidup senang kerana gaji pun agak tinggi.
Kemungkinan 3
KUIN terdesak dan terpaksa mengambil pelajar untuk menampong kos pentadbiran. Seperti yang dimaklumi, KUIN sedang menghadapi masalah kecairan wang tunai sehinggakan potongan KWSP dan ansuran kenderaan anggota pekerja telah dipotong tetapi tidak di carum kepada pihak tertentu. `Intake’ pelajar terus merosot dan prestasi merundum. Jadi melanggar peraturan adalah suatu `business decision’.
Kemungkinan 4
Strategi politik PAS yang ingin mewarnakan BN sebuah kerajaan yang kejam dan menindas pelajar Kedah. Tidak lama dahulu MB Kedah menuduh pensyarah KUIN yang memprotes adalah ejen UMNO. MB Kedah juga mencabar pensyarah yang `bising bising’ supaya letak jawatan dengan serta merta. Tetapi apabila pensyarah cabar MB Kedah letak jawatan MB, kecut telor pulak. Cuba dua dua pihak letak jawatan? Apa terjadi? Pelbagai ugutan dilemparkan kepada anggota pekerja yang menentang MB Kedah dan pentadbiran KUIN ekoran daripada krisis ini.

No comments:

Post a Comment