Friday 1 March 2013

RTC ATAU RURAL TRANSFORMATION CENTRE ATAU RAHIM TAMBY CHIK


RTC ATAU RURAL TRANSFORMATION CENTRE ATAU RAHIM TAMBY CHIK
DS Najib akan/telah merasmikan RTC Pahang di Kuala Pahang, Pekan pada hari Jumaat 1 Mac 2013. Sebelum ini UTC Melaka, RTC Kelantan, RTC Melaka, UTC Pudu Sentral dan RTC Gopeng telah dilancarkan untuk kesejahteraan rakyat.
RTC dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar bersama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kewangan.
Penulis teringat masa muda muda dahulu. Orang Melaka kenali Ketua Menteri sebagai RTC sebagai singkatan Rahim Tamby Chik. RTC seorang ekonomis, perancang dan mastermind pembangunan yang baik. Pembangunan negeri pesat manakala pelaburan FDI berpusu pusu ke Melaka.
Rahim Tamby Chik dilantik menjadi Pengerusi RISDA dan organisasi ini terletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar.
Penulis agak agak Rahim Tamby Chik  pun terlibat bersama dengan YB Menteri dan seluruh warga Kementerian, di dalam penubuhan, merangka fungsinya, lokasi yang sesuai dan sebagainya untuk perlaksanaan UTC dan RTC.
Jika betul alhamdillilah, RTC dan UTC betul betul mensejahterakan rakyat.
DS Najib berkata sejumlah 77 Info Desa akan di tukar ke mini RTC. Pada keseluruhannya Kerajaan merancang adakan 330 RTC seluruh Negara.

No comments:

Post a Comment