Tuesday 26 March 2013

TREND TERBARU DAP DI PRU 13?



Semua parti yang akan bertanding di PRU13 nanti, sedang sibok berunding dengan kekawan mengenai pembahagian kerusi mengikut parti. BN dan parti parti komponen diberitakan telah memutakmatkan kerusi. Ia akan berdasarkan kepada pembahagian terdahulu dengan sedikit perubahan. Ada parti yang meminta kerusi tersebut, ada yang menyerahkan kepada parti komponen lain berdasarkan keputusan PRU12 yang lalu.
Yang lebih kritikal ceritanya mengenai `perpindahan kerusi bertanding’ oleh seseorang pemimpin tertinggi parti. Didapati DS Najib dan TS Muhyiddin dan majoriti pemimpin BN (jika dipilih semula) bertanding di tempat lama. DS Najib di Pekan dan Muhyiddin di Pagoh.
TS Rafidah Aziz, DS Khalid Azmi, DS Radzi Sheikh Ahmad, TS Ong Ka Ting, TS Syed Hamid Albar, Datuk Azhar Ibrahim, Tuanku Azlan Jerantut dan beberapa pemimpin BN telah menyuarakan hasrat mereka untuk bersara atau memberi laluan. Kemungkinan besar Tun Abdullah pun akan melepaskan kerusi Kepala Batas. Syabas dan hormat kepada mereka. Penulis harap ramai lagi penyandang jawatan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri dan ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan, memberikan laluan kepada muka baru secara sukarela. Penulis ada mencadangkan 50 peratus daripada jumlah penyandang sediada bersara. BN Pulau Pinang mengumumkan 40 peratus calon adalah muka baru. Syabas. Ini akan memudahkan DS Najib membuat percaturan. Mereka yang mempunyai masalah moral, prestasi kerja yang lemah, terlibat di dalam rasuah dan menghadapi masalah kesihatan, agar cepat cepat memberitahu DS Najib hasrat supaya tidak dilantik semula. Jangan tunggu di bersara kan. Pada penulis, mereka yang bersara bukan kerana mereka tidak `perform’, tetapi lebih kepada memberi peluang kepada orang lain.
Pakatan Rakyat juga sedang sibok menyusun wakilnya. Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah. Mengapa Lim Kit Siang berpindah  ke Gelang Patah? Persoalan ini sudah dijawab di lembaran sebelum ini. Ipoh Timur dikatakan akan ditandingi oleh Anwar Ibrahim kerana ia tempat selamat untuk Anwar Ibrahim kerana pengundi Cina adalah 80 peratus. Penulis merasa Pakatan Rakyat mengambil langkah selamat dengan andaian jika Pakatan Rakyat menang PRU13, DS Anwar Ibrahim boleh dilantik menjadi PM. Bertanding di Permatang Pauh adalah 50 : 50. Peluang menjadi PM terlepas jika DS Anwar Ibrahim kalah di Permatang Pauh dan Pakatan Rakyat menang majoriti Parlimen.
Naib Presiden PAS Salehudin Ayub berhasrat balik dan bertanding di Pontian atau Pulai.. Nampak memang ada usaha Pakatan Rakyat hendak berbuat sesuatu di Johor, kubu kuat UMNO dan BN. Mengapa mereka merasa nak bertanding di Johor?. BN Johor tidak kuat lagi ke? Atau mereka nampak ada peluang memecahkan kubu kuat UMNO dan BN.
Mengapa DS Anwar meninggalkan Pulau Pinang? Adakah Pakatan Rakyat terlalu `confident’ untuk mempertahankan Pulau Pinang. Lim Guan Eng dan geng boleh berdiri sendiri tanpa DS Anwar bertanding di Permatang Pauh. Begitu juga dengan Perak. Mungkin DAP boleh bersaing dengan BN tanpa keberadaan Lim Kit Siang di Ipoh Timur. Ataupun DAP tidak selesa dengan kemarahan dan kebangkitan rakyat Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng dan DAP.
Rafizi Ramli dikatakan akan bertanding di Parlimen Pandan manakala Setiausaha Agong PKR, Dato Saifuddin akan ke Kulim Bandar Baru (berhajat untuk bertanding dengan Datuk Zulkifli Nordin, jika beliau ingin bertanding). Ustaz Nasha hampir pasti tidak akan dipilih bertanding di Bachok, Kelantan. Setakat hari ini, tidak diketahui nasib Ustaz Nasha. Diharap beliau akan bertanding bebas tetapi `BN friendly”. Perbincangan mengenai kerjasama BN dengan wakil rakyat bebas `friendly BN’ serta kerusi yang ditandingi akan di perincikan atau dibahas di ruangan lain.
Menurut The Sun edisi Isnin 25hb Mac 2013, beberapa pemimpin DAP akan bertukar kawasan dan bertanding  di Johor. Dikatakan Teo Nie Ching (Serdang), Fong Po Kuan (Batu Gajah) dan M.Kulasegaran (Ipoh Barat) akan bertanding di Johor. DAP berhasrat besar menawan kawasan yang majoritinya pengundi Cina seperti Tanjung Piai, Gelang Patah, Labis, Kulai, Kluang dan Bakri. PKR mengfokuskan kawasan seperti Pasir Gudang, Tebrau, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Ledang dan Semberong. PAS berangankan pontian dan Pulai.
Penulis harap DS Najib, TS Muhyiddin dan Dato Ghani Othman mesti memikirkan strategi terhadap cadangan PKR-DAP-PAS menambah pengaruh di Johor.Kenapa Johor? Negeri yang kaya masulnya? Atau lokasi dekat dengan Singapura? Tidak mungkin tiada ahli DAP tempatan yang boleh bertanding di Johor. Apa nak jadi di Perak? Adakan DAP mahu meletakkan calon yang kurang terkenal di Perak?
Polisi BN simple. Kalau boleh wakil rakyat mesti orang tempatan. BN tidak selesa dengan wakil rakyat payung terjun. Ia lebih menyusahkan dan akan berlakunya sabotaj oleh ahli parti. BN ingin memastikan setiap wakil rakyat berkerja keras di kawasan masing masing.
Pada penulis, biarlah mereka buat pelbagai percaturan termasuk tukar kawasan atau kesukaan DAP dimana setiap orang bertanding di Parlimen dan DUN. Mungkin penyokong dan pensempati Pakatan Rakyat tidak kisah dengan wakil rakyat yang bertanding di Gelang Patah tetapi tinggal di Ipoh Barat. Pengundi DAP khasnya orang Cina tidak kisah jikalau tidak ada pembangunan di kawasan mereka asalkan wakil rakyat mereka orang Cina dan DAP. Rakyat Kelantan khasnya penyokong PAS pun selasa dengan bekalan air yang kotor, jalanraya yang kurang baik, pembalakan haram berluasa dan  bersyukur kerana pelabur Singapura dan asing memajak jangkapanjang ribuan hektar tanah di Kelantan. Penyokong Cina DAP ini akan hanya sokong Kerajaan jika bisnes mereka bermasalah ataupun kaum Cina ketinggalan di dalam ekonomi.. Ataupun apabila Melayu PAS dan PKR dan DAP bersatu semula.  BN wajib susun strategi dan mengambilkira pandangan veteran UMNO seperti Tun Mahathir dan Tun Daim. Nasihat tokoh politik ini akan di ulas di ruangan lain.

No comments:

Post a Comment