Saturday 9 March 2013

BRIM ADALAH HASIL DENYUTAN NADI RAKYAT


.
Tok Guru Nik Aziz kata tabiat penerima BRIM yang berpusu pusu beratur menerima wang BRIM ibarat haiwan. Tuan Haji Hadi mengibaratkan pemberian BRIM merupakan amalan Firaun. Beliau menasihati ahli PAS dan penyokong PAS agar menjadi ikan yang bijak. Iaitu makan umpan dan bukan kail. Dr Asri kata Kerajaan memberi BRIM seperti duit bapak emak dia. Musuh BN menganggap pemberian BRIM sebagai rasuah pilihanraya.
Semasa Perhimpunan Ulama Umara dan Asnaf di Sadium Putra, DS Khir  mengariskan Maljis Agama Wilayah Persekutuan sahaja telah mengeluarkan sejumlah jutaan ringgit kepada ibu tunggal, pelajar, pesara, pesakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan ramai golongan yang memerlukan. Sebenarnya angkanya melebihi seorang penerima BRIM. Adakah ini dikira rasuah? BN akan merasa gembira juga jika Kerajaan Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang memberikan bantuan ala BRIM kepada rakyat setempat. Bantu lah apa yang terdaya. Jangan asyik berkokok dan komplen. Habuk pun tak buat apa.
BRIM sebenarnya kehendak rakyat yang terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang. Mereka yang suarakan kepada pimpinan negara di pelbagai platform dan juga media social.

No comments:

Post a Comment