Tuesday 5 March 2013

SOLAT HAJAT DAH.... DERMA UNTUK WIRA NEGARA DAH... DERMA LAH UNDI ANDA, RAKYAT MALAYSIA DALAM PRU13 NANTI KEPADA BN BAGI MELENGKAPKAN USAHA KESEJAHTERAAN NEGARA


Penulis pernah mengulas bahawa PRU13 ini paling mencabar buat DS Najib dan BN. Sejarah kekalahan BN di 5 negeri (termasuk Perak) membuka peluang kepada DS Najib memperbaiki segala kelemahan perkhidmatan dan politik. PRU13 perlu diadakan dalam tahun 2013 setelah desas desus mengatakan ia akan diadakan tahun 2012. DS Najib memberikan sebab mengapa ia melambatkan PRU 13. Antara sebabnya DS Naib dan BN ingin memastikan kesemua produk 1 Malaysia memberikan menefaat kepada rakyat. Itu bulan Feb. Tiba tiba Kelantan dan Terengganu di landa banjir dimana ramai juga mangsa terlibat dan sekolah sekolah ditutup. Ia lebih memeningkan DS Najib apabila berlakunya pencerobohan `Tentera Kesultanan Sulu (Filipina) di Lahad Datu, Semporna dan Kunak. Lebih menyayat hati apabila 8 anggota keselamatan terkorban di dalam kejadian serang hendap.

Bagi Pakatan Rakyat, strategi politiknya menjadi. Sekurang kurangnya mereka ingin menyaksikan DS Najib dan BN akan dan sedang sibok menagangi situasi di Sabah dan kuranglah sedikit `serangan politik’terhadap Pakatan Rakyat. Mereka sedang memerhatikan DS Najib, BN dan anggota keselamatan melakukan kesilapan yang memungkinkan menaikan kemarahan rakyat. PR tidak rugi apa apa dan hanya menunggu salah langkah kerajaan yang boleh di `spin’ semasa PRU13 nanti. Kerajaan juga menghadapi masalah tunjuk perasaan di Kedutaan Malaysia di Manila. Bagaimana pula jika kaum kerabat penceroboh di Filipina memberi layanan buruk terhadap ahli perniagaan dan pelancong di Filipina?  Suasana `kelam kabut’ beginilah yang diidamkan oleh segelintir rakyat Malaysia. Kalau diamati, Malaysia tidak pernah mencampuri urusan di Filipina walaupun banyak kejadian culik berlaku terhadap rakyat Malaysia.

DS Najib dan Kerajaan terpaksa bertindak dengan bijaksana kerana Malaysia telah berperanan menjadi orang tengah mendamaikan BangsaMoro dengan Kerajaan Filipina. Kerajaan Malaysia telah melakukan perundingan dengan penceroboh supaya meninggalkan Sabah dengan baik tetapi mereka membalas kelembutan Malaysia dengan membunuh 8 orang anggota keselamatan Malaysia. DS Anwar Ibrahim dan rakan pula ingin melihat kita gagal dan kelihatan jahat setelah Malaysia dipuji mendamaikan rakyat di Filipina Selatan.

Pencerobohan bersenjata di Sabah, mengikut laporan perisikan Tentera Filipina dan di laporkan di akhbar disana, bahawa DS Anwar Ibrahim terlibat di dalam menggalakan pencerobohan tersebut. Semalam DS Anwar Ibrahim menafikan sekeras kerasnya dan akan menyaman TV3 dan Utusan Malaysia RM100 juta. Akhbar Filipina tidak di saman kerana dikatakan akhbar tersebut tidak menyebut beliau terlibat. UMNO juga menuntut Tian Chua memohon maaf di dalam tempoh 7 hari kerana menfitnah UMNO.

Penulis berharap DS Anwar tidak terlibat dalam bentuk apa sekali dengan penceroboh kerana ia mengenai soal keselamatan negara. Kalau boleh elak lah diri daripada `kelihatan’ terlibat secara langsung atau tidak langsung. Jauhilah pertemuan atau perbincangan untuk kononnya difitnah. Jauhilah pusat pelacuran jika ingin mengelakkan difitnah melanggan pelacur, sebagai contoh.

Pencerohan bersenjata di Lahad Datu ini, pada hakikatnya telah membawa rakyat menyenangi Kerajaan. Penghormatan kepada anggota keselamatan dan anggota keluarga serta perihatinan Kerajaan, telah menaikan `rating’ Kerajaan. BN tidak perlu kuatir kerana hampir semua program dan kejadian (banjir dan pencerobohan) memberi kelebihan kepada BN.

Kerajaan telah menyeru masjid dan rumah ibadat agama lain mendoakan keselamatan anggota keselamatan negara dan berjaya menumpuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu. Selain itu Tabung Wira Lahad Datu dan sebagainya dilancarkan untuk anggota keselamatan dan keluarga mereka.
Penulis ingin menambah satu lagi usaha iaitu DERMA LAH UNDI ANDA DI DALAM PRU13 NANTI KEPADA BN. MARILAH KITA RAKYAT MALAYSIA `MENAMATKAN’  KAREER DS ANWAR IBRAHIM DAN RAKAN RAKAN DALAM PAKATAN RAKYAT UNTUK KESEJAHTERAAN MALAYSIA. Tidak berat tugas kita tuan tuan dan puan puan. Hanya beri undi pada BN.

No comments:

Post a Comment