Sunday 14 April 2013

ANWAR IBRAHIM MACAM TAN SRI P.RAMLEE

Tan Sri Sanusi Junid berkata, DS Anwar Ibrahim seperti Tan Sri P.Ramlee. Anwar boleh berlakon segala adegan tetapi P.Ramlee tidak berlakon adegan seks. Anwar tidak ubah seperti seorang seniman dan beliau sangat menghiburkan dan sebabnya apabila bersyarah di manapun, orang akan pergi. banyak kerektor. Boleh menyanyi `Tanya pokok', boleh menari cha cha, buat lawak dan janji, buat orang marah dan sebagainya.
TS Sanusi Junid mengulas kelebihan Anwar Ibrahim kerana 3 perkara iaitu, pertamanya, pandai bersyarah dan menyanyi. Keduanya, isterinya Wan Azizah. Beliau adalah aset dan disebabkan isterinya orang ramai menghormati Anwar. Ketiganya kerana kawan baiknya Karpal Singh. Karpal Singh dikatakan boleh bekerjasama baik dengan Anwar berbanding Karpal Singh dengan Nik Aziz.

No comments:

Post a Comment