Tuesday 30 April 2013

BN KALAH BENDERA DAN POSTER DI CHENG, MELAKA (DUN PAYA RUMPUT ). JENTERA BN MALAS? TIADA KOORDINASI? OVER CONFIDENT? GADUH ATAU TIDAK PUASHATI?




BN, bukan sahaja mesti menang di dalam PRU13 ini, tetapi mesti menang bendera dan poster serta keaktifan ceramah atau perjumpaan. Pemameran bendera dan poster yang teratur, lokasi strategik, jumlah/bilangan yang banyak (bersesuaian), jelas kelihatan gah menunjukkan kesungguhan berkerja pintar jentera sesebuah parti. Pemasangan bendera dan poster perlu ada kemahiran. Buluh dan kayu perlu kuat terutamanya jika bendera dan poster diletakkan di lalulintas yang sibok.

Dukacitanya bendera dan poster BN di Cheng ditenggelami oleh bendera dan poster PKR. Susunan dan bilangannya di jalanan dan persimpangan menarik minat penulis. Jentera pasang bendera dan poster PKR lebih baik daripada jentera BN.


Sepanjang jalan Restoran Barkat Roti John hinggalah ke Simpang Empat (CIMB dan ALLIANCE Bank) ke Taman Cheng Perdana atau Taman Bukit Cheng, dipenuhi oleh bendera PKR.

Selain daripada itu, kawasan dan jalan berhadapan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 80 peratus bendera dan poster PKR, tanpa tentangan langsung.

Kedua dua lokasi ini akan digunakan oleh pengundi ke Pusat Mengundi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan  Tun Haji Abdul Malek (SMKTHAM) dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak. BN mesti membina presepsi yang BN itu kuat, tersusun, bijak dalam meletakkan bendera dan poster, bertanggongjawab (jika ada yang jatuh, perlu di perbetulkan) dan gah kepada para pengundi pengundi. Ia boleh mengerunkan penyokong PKR DAP PAS.

Penulis menyeru Pengarah PRU Melaka, Parlimen Tanggabatu, DUN Paya Rumput, calon BN dan seluruh jentera BN mengaktifkan kempen dan baiki segala kelemahan pemasangan bendera dan poster sebelum terlambat. Penulis hanya menegur mengenai pemasangan bendera dan poster sahaja. Isu isu lain seperti  kekerapan ceramah dan kualiti penceramah, koordinasi jentera kerja BN dan lain, akan dibincang di ruangan lain. Penulis  tidak terlibat dalam jentera  BN Paya Rumput dan mustahil dapat senarai atau jemputan ceramah pembesar dan penceramah BN seperti Datuk Seri Ali Rustam.

Bagaimana hendak mengetahui ada ceramah di sekitar kawasan Paya Ramput?. Maklumat tidak disebarkan kepada penduduk taman yang tidak aktif berpolitik tetapi penyokong Kerajaan.

Seperkara lagi, sehingga 30hb April ini, penulis belum terserempak dengan WANITA BN atau UMNO yang pergi rumah ke rumah, menyampaikan salam PM/TPM/KM dan calon sendiri. Mereka pun belum sampai ke rumah penulis lagi.

1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ

    ReplyDelete