Tuesday 2 April 2013

BN MASIH BELUM DAPAT TEWASKAN PR DI KELANTAN DAN PULAU PINANG DALAM PRU13..KATA TUN DAIM.




Penulis merujuk kepada perbualan penulis blog Azli Shukri dengan Tun Daim yang berpendapat BN masih belum berkeupayaan menewaskan PR di Kelantan dan Pulau Pinang. Perak pun 50:50. Juga Wilayah Persekutuan.

Penulis harap dengan pendapat Tun Daim tersebut, jentera BN di Kelantan khasnya Tok Pa, Pulau Pinang (khasnya Teng Chang Yeow dan Datuk Zainal Abidin), Perak (Dato Dr Zambry dan Wilayah Persekutuan jangan berputus asa. Buktikan BN boleh. Jentera BN Kelantan, Pulau Pinang dan Perak mesti merapatkan sab seerat mungkin, bergading bahu, kerja keras dan melupakan perbezaan untuk memenangkan BN. Pengundi harus dipujuk supaya keluar dan mengundi BN. Jentera BN mesti mengeksplotasi isu isu yang melanda atau yang menyusahkan rakyat tetapi ingat berpada pada menggunakan Utusan Malaysia dan TV3. Kedua dua media ini dikatakan penyebar fitnah terbesar oleh puak pembangkang.
Negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah dan  Sarawak … jangan complacence pulak. Kerja kuat perlu diteruskan tanpa henti. Strategi menang PRU mesti dirangka dan dilaksanakan. Petugas undi jangan leka. Ceramah setempat dan kunjungan rumah ke rumah oleh pemimpin perlu dikerapkan dan buah tangan jangan lupa. Peringatan dan pesanan disampaikan kepada pengundi.

BN di Kedah dan Selangor bernasib baik kerana terlalu banyak permasalahan yang dibuat sendiri oleh Kerajaan Pas di Kedah dan PKR di Selangor. Tetapi ini tidak bermakna jentera BN boleh relak sikit. Serangan kena diteruskan dan dipertajamkan. Jaringan gol hendaklah melebihi satu gol tetapi sebanyak mungkin. Musuh musuh politik kena di tawan dan ditewaskan. Janji janji hendak lah ditaburkan tetapi mesti ditepati nanti.

Tun Mahathir ketika berucap di Kempas, Johor Baru kata inilah masa yang sesuai untuk menamatkan kareer politik veteran PAS, DAP dan PKR. Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Chua Jui Meng, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang dan karpal Singh mesti diajar dan ditewaskan melalui peti undi. Tun Mahathir minta rakyat Johor teruskan rekod bersih BN dan menjadi `fixed deposit’ BN. Ayuh rakyat Johor Baru yang memberikan kemenangan besar kepada calon BN seperti rakyat Johor Bahru berikan Tan Sri Shahrir Samad dengan 25,000 majoriti. Teruskan agenda rakyat dengan menewaskan bekas panglima yang belot ini. Begitu juga di Pasir Gudang. Kita wajib kekalkan kemenangan besar 17,000 yang diberikan kepada Dato Seri Khaled Nordin. Nampak gayanya gabungan dua pemimpin BN ini agak memerangsangkan.

Parlimen Bakri dan DUN Sungai Abong dan Bandar Maharani (jika tidak silap) tewas kepada puak pembangkang di dalam PRU12 yang lalu dengan majoriti kecil. Penulis suka Dato Mat Ismail Buncit yang bertanding di DUN Bandar Maharani. Tetapi kita perlukan orang baru, professional dan bersih. Begitu juga Malik Munir dan Dato Dr Haris Salleh. Zaman mereka sudah berlalu. Bukit Naning juga perlukan darah baru. Bukan saya tidak suka Dato Ghani Othman tetapi saya lebih sayang UMNO dan BN lagi. Buatlah perubahan. Kita tidak mahu negeri kecil seperti Melaka, lebih dinamik dari Johor Darul Takzim.
Para menteri yang datang dari Johor mesti uptodate dan bijak. Popular dan berani buat keputusan. Senarai Menteri dari Johor termasuklah:
Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN, Pagoh
Y.B. DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN, Sembrong
Y.B. DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN HAJI NORDIN, Pasir Gudang
Y.B. DATUK DR S. SUBRAMANIAM, Segamat

Manakala Timbalan Menteri dari Johor agak ramai juga iaitu:-
Y.B. DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN, Pontian
Y.B. DATUK DR. HAJI ABDUL LATIFF BIN AHMAD, Mersing
Y.B. DR. HAJI MOHD PUAD BIN ZARKASHI, Batu Pahat
Y.B. DATUK IR. DR WEE KA SIONG, Ayer Hitam
Y.B. DATO RAZALI BIN HAJI IBRAHIM, Muar
Y.B. TUAN CHUA TEE YONG, Labis
Penulis yakin dengan kreativiti DS Najib di dalam pemilihan wakil rakyat ini dan pentadbiran amnya. Lihatlah program yang sudah dan akan di lakukan. Pengiklanan ringkas produk 1 Malaysia di TV TV. Melambatkan tarikh PRU13 kerana jika tidak cermat, puak pembangkang akan mengambil kesempatan. Penulis expect creativity  di dalam penampilan wakil rakyat nanti.


No comments:

Post a Comment