Thursday 4 April 2013

PEMBUBARAN PARLIMEN PUN ADA STAIL DIA. SYABAS NAJIB



Sekian lama kita rakyat Malaysia menanya nanya atau mengunggu bilakah Parlimen akan dibubarkan, penama penama wakil calon, tarikh penamaan calon dan akhirnya hari mengundi.

Seperti yang dimaklumi, DS Najib mengumumkan pembubaran Parlimen pada hari genap 4 tahun memegang tampuk kerusi panas Perdana Menteri. Tepat pada 3hb April 2013 Parlimen sudah dibubarkan. Semua orang tidak terfikir bahawa 3hb April ada signifikannya kepada DS Najib. Tindakan beliau itu, penulis yakin beliau seorang yang tertib di dalam urusan dan mempunyai sebab kukuh apabila membuat sesuatu keputusan.

Semasa mengumumkan pembubaran tersebut, beliau memgariskan kejayaan kejayaan yang telah dilaksanakan dan beliau menambah berpesan bahawa BN adalah sebuah kerajaan yang boleh diyakini untuk memakmurkan Negara dan keselesaan anak cucu cicit kita.

Beliau menjamin bahawa SPR akan mengadakan PRU13 ini dengan seadil, sesekma dan lancar tanpa hura hara. Beliau akan memastikan peralihan kuasa (dari Kerajaan BN ke pihak lawan atau dari pihak lawan ke Kerajaan BN) akan dilaksanakan dengan penuh tertib.

Penulis ingin semasa PRU12 dahulu di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Pada malam pengumuman kejayaan parti pembangkang di negeri negeri tersebut, para penyokong telah membuat sekatan jalan di pintu masuk Komplek kerajaan yang menempatkan pejabat MB dan exconya. Mereka tidak sabar menunggu peralihan tersusun. Lim Kit Siang amat gembira dengan jaminan DS Najib kerana beliau terlalu yakin akan menawan Putrajaya. Tetapi penulis TIDAK yakin jikalau pihak pembangkang pemerintah negeri yang kalah di dalam PRU13 nanti akan rela melepaskan kerusi empuk kepada orang lain.

Mari kita menjalankan tanggongjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi sebenarnya. Kita keluar undi. Saya dan keluarga saya sudah ada pilihan yang baik. Anda?

1 comment:

  1. BN dah beri jaminan, peralihan akan berlaku secara aman, jika BN kalah..!! PR sanggupkah berbuat demikian jika BN mengambih-alih kerajaan negeri PR..??? Tepuk dada, tanya iman.. Adakah PR lidah bercabang?

    ReplyDelete