Saturday 6 April 2013

WARDINA, PERSONALITI TV3, CALON PKR ATAU PAS? KAWASAN MANA?



DS Anwar baru mengumunkan bahawa Presiden PKR merangkap isterinya tidak akan bertanding di dalam PRU13 nanti. Setelah di khabarkan hebat dan meluas di dada akhbar, penyokong PKR kecewa kerana Datin Wan Azizah tidak tersenarai. Nurul Izzah kata ibunya akan bertanding. Sekarang DS Anwar pulak nak pertahankan Permatang Pauh. Macam macam cerita. Tetapi mengapa Wan Azizah tidak dibenarkan bertanding agaknya?

Kemungkinan 1
PKR menerima tekanan dan kritik dari dalam dan luar parti supaya tidak mengamalkan nepotism. Mana tidaknya. Ia mungkin tercatit di dalam sejarah Malaysia dan dunia.

Kemungkinan 2
PKR ingin meredakan spekulasi perselesihan faham dalaman diantara Azmin Ali dan TS Khalid Ibrahim yang masing masing ingin mempertahankan dan merebut jawatan tersebut.

Kemungkinan 3
Lain lain seperti faktor usia, kurang kelayakan menjadi politikus, takut kalah kerana pertandingan getir, tiada kawasan yang menerima beliau atau sesuai dn sebagainya. Ada kekawan kata Wan Azizah hendak senantiasa berdampingan dengan Abang Non. Maklumlah dia hyperaktif.

Kemungkinan 4
Wan Azizah teringat surat sulit yang beliau hantar kepada Tun Mahathir mengenai tabiat buruk suaminya denagn harapan Tun Mahathir dapat menasihati suaminya. Atas alasan itu, Wan Azizah tidak mahu bersongkokol dengan suaminya.

Wardina, personalitI TV3, tidak menceburi dunia politik ke? Dulu ada ura ura hendak melawan Kak Ijat di Lembah Pantai. Selepas TV3 mempromosi dia, teringin hendak kuasa pulak.

Seperti yang penulis tuliskan sebelum ini mengenai PETRONAS dan GLC GLC, dimana ramai juga anggota pekerjanya anti Kerajaan. TV3 juga kena senantiasa memerhatikan haluan personalitinya. TV3, sebagai agen penyebaran maklumat yang pro kerajaan, mesti memastikan anggota pekerjanya pro kerajaan juga. TV3 kena pantau dan perubahan sikap personalitinya, terus tukar ke seksyen lain.
Dalam hal ini, penulis memuji TV1 dan Tv2 atau RTM yang personalitinya terangan pro kerajaan. Syabas Datuk Seri Dr Rais dan RTM.

Penulis sarankan selepas PRU13, semua GLC GLC Nasional dan Negeri perlu menjalani ops pembersihan daulat untuk mengenalpasti musuh di dalam selimut. Tindakan sesuai boleh difikirkan. Kepada mussuh dalam selimut ini, jikalau Kerajaan BN ini jijik sangat, berhentilah dan cari lah haluan sendiri. Atau pergi ke negera yang anda suka. Gentlemenlah sikit bro. 

No comments:

Post a Comment