Sunday 14 July 2013

DATUK HUSAM `KAMBING HITAM' DI KUALA BESUT


YB HUSAM MENJADI PENGARAH PILIHANRAYA KECIL KUALA BESUT.
YB  Husam diberitakan di lantik menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Kuala Besut. Hairan juga mengapa orang Kelantan dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya Kecil di Terengganu.

Ramai para analisis berkata ia sebahagian usaha untuk memujuk Datuk Husam yang terlepas peluang menjadi MB Kelantan dan EXCO Kelantan. Ada juga yang berpendapat beliau lebih berpengaruh di kalangan DAP PKR berbanding Pesuruhjaya PAS Terengganu. Ada yang kata Kuala Besut  berhampiran dengan Kelantan.
                                                
Penulis rasa ia berisiko kepada Datuk Husam jika BN menang di Kuala Besut. Kawasan ini adalah Kubu kuat Datuk Idris dan keluarga serta UMNO/BN. Pada penulis ia akan terus mencacatkan lagi prestasi Datuk Husam di dalam PAS. Mungkin Datuk Husam adalah `Kambing Hitam’ jika pengundi Kuala Besut memberikan undi kepada BN.




No comments:

Post a Comment