Saturday 20 July 2013

PM BELUM KE KUALA BESUT LAGI KERANA KECEWA KEPUTUSAN PRU TERENGGANU?
Sebelum ini, penulis ada menulis tentang kelambatan PM untuk `turun padang’ ke Kuala Besut. Antara sebabnya kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin menjalankan tugas dan diperkuatkan fakta yang Kuala Besut adalah kubu kuat BN. Selain itu, calon BN mempunyai kelebihan daripada calon PAS dari segi personaliti, pendidikan, ketempatanan dan usia.

Apabila artikel tersebut dikeluarkan, ada juga suara suara yang berpendapat yang PM kecewa dengan rakyat Terengganu yang memberikan kepercayaan kepada PAS sejumlah 15 kerusi DUN dan 2 Parlimen. PM sedih kerana anak muda Terengganu yang bekerja luar Terengganu kurang percaya pada BN. Walhal terlalu banyak pembangunan yang dicurahkan kepada ibu bapa atau saudara mara mereka di Terengganu. Kita boleh lihat mutu Lebuhraya di Terengganu dan Lebuhraya di Kelantan.

Penulis percaya dan yakin PM kita memang sedih dengan keputusan PRU13 Terengganu kerana tiada elemen `syukur nikmat’ sebahagian rakyat Terengganu. Tetapi PM tidak akan tinggalkan Terengganu. Pada hakikatnya beliau sibok menjalankan tugas pentadbiran Kerajaan dan juga parti ketika Tan Sri Muhyiddin sibok di Terengganu. Mengendalikan dan memantau sessi Parlimen. Pengerak pelaburan strategik di ECER dan Londan.

Sesunggohnya Terengganu dekat di hati PM

No comments:

Post a Comment