Friday 12 July 2013

PRK DUN KUALA BESUT

PRK DUN KUALA BESUT
Salam Ramadan buat semua saudara Islam ku semoga bulan Ramadan ini membawa banyak keinsafan dan kejayaan.

PRK Kuala Besut ini sangat unik kerana berlakunya kematian ahli DUN berlaku pada hari yang sama, bulan Ramadan juga dan dari parti yang sama. Lebih kritikal keputusan hamper sama. Diharap kemenangan BN di PRK yang lalu terus menjadi kenyataan.

Seperti yang penulis katakan, MUNGKIN kah keputusan PRU13 di Terengganu yang amat kritikal bagi kedua dua pihak, kematian Allahyarham Dr Abd Rahman Mokhtar sebaik sahaja selesai PRU13 dan pengundian di bulan Ramadan yang mulia ini, sebenarnya petunjuk dari ALLAH untuk umat Islam di Terengganu  dan Malaysia untuk BERSATU.

Pagi ini 12 Julai 2013 (sedang berjalan),  merupakan hari Penamaan Calon dimana kedua parti BN dan PAS akan mencadangkan calon wakil rakyat yang akan bertanding di PRK ini. BN mengemukakan anak tempatan muda  manakala PAS menampilkan ahli perniagaan yang juga Bendahari PAS Besut.

Para petugas parti akan berkumpul dan berkampung di Kuala Besut. Jalanraya akan sibok dan rumah penginapan dan tumpangan akan penuh sesak. Penulis harap parat petugas akan berhatian selepas hati di jalanraya sebelum,semasa dan selepas PRK ini.

Orang kampong Kuala Besut akan di layan seperti Raja di musim ini. Penulis harap para pertugas BN jangan sampai menganggu ketenteraman orang kampong. Jangan sampai mereka menyampah melihat kenderaan besar menganggu kereta lalulintas jalanraya dan penuhi ruang letak kereta.

Warong warong akan penuh sesak dengan penyokong dan petugas. Cerita cerita politik akan  mewarnai Kuala Besut sehinggakan pengundi pun serba salah dan keliru dengan kesahihannya.

BN perlu berkempen ala kesederhanaan, konsisten, berhujah dengan fakta dan bermanifesto lah perkara yang boleh ditunaikan, berjumpa dengan seramai mungkin pengundi, penuh rendah diri dan bersikap memahami adat resam orang kampong. Elak menfitnah lawan dan jauhi amalan merasuah pengundi tetapi sebaliknya tunjulkan apa BN boleh tawarkan kepada pengundi Kuala Besut.


Selamat Berpuasa dan Selamat Mengundi pada 20 dan 24 Julai 2013. Jadikan sambutan Hari Raya Idil Fitri tahun ini sambutan yang bermakna buat BN dan UMNO.

No comments:

Post a Comment