Saturday 6 July 2013

KERAJAAN PERPADUAN UMNO PAS DI TERENGGANU???


SPR telah mengumumkan tarikh mengundi (24 Julai 2014-Rabu) dan Hari Penamaan Calon pada 12 Julai 2013 (Jumaat) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Besut. Ia akan melibatkan 17,863 pengundiberdaftar.

Seperti yang ramai sedia maklum, BN dan PAS akan bertarung mati matian untuk memenangi kerusi tersebut. Ini adalah kerana BN ingin mempertahankan kerusi yang dimenangi di PRU13 manakala PAS akan cuba merampas kerusi tersebut dengan harapan PAS boleh `memporakperadakan’ Dewan. Beberapa scenario implikasi yang boleh berlaku jika BN kalah di Kuala Besut. Antaranya:-

  1. PAS Ia boleh kekalahan BN memungkinkan Dewan dibubarkan jika akan mengusulkan `undi tidak percaya terhadap MB Terengganu dan BN. Usul ini tidak akan Berjaya kerana BN mempunyai kelebihan 1 undi dari Speaker.
  2. PAS dan BN akan mengadap Sultan Terengganu untuk memberikan penerangan dan cadangan masing masing. BN akan menjelaskan mengapa BN mesti meneruskan pentadbiran Kerajaan Terengganu. PAS pula akan memberikan alasan alasan yang BN telah kehilangan majoriti di Dewan.
  3. Sultan Terengganu akan campur tangan di dalam soal kuasa memerintah dan mungkin Sultan Terengganu akan membuat keputusan BN menerajui Terengganu atau bubarkan Dewan untuk mendapatkan mandat baru rakyat Terengganu.
Sultan Terengganu boleh mulai mendapatkan pandangan pakar perundangan dari Penasihat Undang Undang Negeri dan juga pakar perundangan bebas supaya sudah bersedia untuk bertindak mengikut lunas lunas perundangan.

Jika Dewan terpaksa dibubarkan, akan bertambah hangatlah suasana politik Negara. Kempen dan fitnah akan berterusan. Wang rakyat akan dibelanjakan untuk menguruskan PRK ini.

Berkat bulan Ramadan dan sesama Islam, BN dan PAS boleh mewujudkan Kerajaan Perpaduan. Jikalau di peringkat Nasional sukar dilakukan, ayuh cuba di negeri Terengganu. Belum cuba belum tahu.

MUNGKIN kah keputusan PRU13 di Terengganu yang amat kritikal bagi kedua dua pihak, kematian Allahyarham Dr Abd Rahman Mokhtar sebaik sahaja selesai PRU13 dan pengundian di bulan Ramadan yang mulia ini, sebenarnya petunjuk dari ALLAH untuk umat Islam di Terengganu  dan Malaysia untuk BERSATU.


No comments:

Post a Comment