Thursday 18 July 2013

KARIER POLITIK DATUK NUR JASLAN SAMAR SAMAR


Datuk Nur Jaslan adalah anak kepada Allahyarham Datuk Mohamed Rahmat, seorang lagenda UMNO, Allahyarham Dato Mohamed Rahmat. Selain daripada menjadi Ahli Parlimen Pulai, beliau dilantik menjadi Pengerusi UDA. Kontrak perkhidmatan beliau tidak disambung dan digantikan oleh YB Dato Johari Abd Ghani, Ahli Parlimen Setiawangsa.

Semasa menjawat Pengerusi UDA, ada juga kontroversi yang berlaku. Pembangunan PUDU dan perletakan jawatan Pengarah Urusan UDA secara  mengejut. Secara ringkas, tiada kejayaan yang boleh dibanggakan dari segi prestasi kewangan, agenda Bumiputera (mungkin ada kekangan lain), pembangunan usahawan (di permasalahankan lagi dengan kerja ubahsuai Plaza Bukit Bintang yang memaksa penutupan lot dan perniagaan) dan pembangunan modal insan. Mungkin pembangunan semula PUDURAYA kepada PUDU SENTRAL atau UTC PUDU SENTRAL suatu penghasilan yang terbaik buat Datuk Nur Jaslan.

Datuk NurJaslan pernah dikaitkan jawatan MB Johor tetapi tidak ada rezeki walaupun dikatakan mesra dengan Istana Johor. Beliau juga `vokal’ terhadap Tun Dr Mahathir ketika negarawan tersebut `berkecil hati’ dengan Tun Abdullah. Mungkin hasil vokal beliau dan juga Allahyarham Dato Mohamed Rahmat terhadap negarawan, Tun Abdullah nampak `kecermelangan’nya dan melantik menjadi Pengerusi UDA.


Dalam PRU13 yang lalu, Datuk Nur Jaslan berjaya menewaskan Naib Presiden PAS, Sallehudin Ayob ak Din Puduraya. Dengan kurangnya beban kerja di peringkat nasional, tumpulah perhatian di Parlimen Pulai. Gunalah pengalaman di UDA untuk menguruskan baik Parlimen Pulai supaya PRU14 nanti, BN akan berjaya dengan lebih cemerlang lagi.

No comments:

Post a Comment