Monday 1 July 2013

SEMANGAT KESUKANAN YANG DI CARI

SUKAN SEPAK BOLA SANA SINI
Hari Sabtu 29 Jun 2013, penulis sibok membantu anak bongsu 11 tahun menyediakan pasukan futsalnya. Pertandingan Futsal bawah 12 tahun di adakan di Taman Cheng Jaya. Hampir 12 pasukan mengambil bahagian. Pertandingan tamat lewat petang. Alhamduliliah, pasukan Sepadu Futsal menduduki tempat  ke 5.

Malamnya, pertandingan Akhir Piala FA di antara Johor Darul Takzim dengan Kelantan. Kelantan Berjaya mempertahankan Piala FA buat kali kedua. Penulis sedih bukan kerana JDT kalah tetapi mutu permainan yang ditunjukkan kurang menyerlah. Tahniah Kelantan dan Selamat Mencuba Lagi kepada JDT.


Pagi tadi Piala Konfederasi 2013 di Brazil. Bazil mengalahkan Sepanyol dengan jaringan 3-0. Brazil menunjukkan permainan yang baik dan `physical’ dan pantas. Sepanyol tidak berjaya mengawal bola dengan baik.


Pasukan hoki Malaysia, bagaimanapun berjaya mengalahkan Afrika Selatan dengan keputusan 6-3. Tahniah.


Penulis harap semangat sukan yang ditunujkkan oleh peminat sukan sepak bola akan terus berpanjangan. Sokonglah pasukan Malaysia. Kepada pengurusan sukan Negara, bentuk pasukan yang hebat hebat.

No comments:

Post a Comment