Thursday 27 June 2013

ANWAR MENJADI JURU JUAL BELI POLITIK DI TERENGANU

Pertamanya, penulis ingin ucapkan AlFatihah kepada Allahyarham Dr Abd Rahman Mokhtar, ADUN Kuala Besut, Terengganu dan Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman, InsyaAllah

Negara dan Terengganu dikejutkan dengan kepulangan Dr Abd Rahman ke Ramatullah hari Rabu yang lalu akibat sakit kanser paru paru.

Hari ini Khamis, Speaker DUN Terengganu akan memaklumkan SPR mengenai kekosongan kerusi dan bergantung kepada undang undang, kerusi tersebut akan di isi. Ini bermakna Pilihanraya Umum Kecil akan di adakan.


Rakyat baru reda daripada kehangatan bahang kempen pilihanraya. Jikalau dahulu ia kurang meriah, penulis jangkakan kali ini ia akan menjadi sebuah pesta pilihanraya yang besar besaran. Segala jentera BN dan Pakatan akan turun berkempen.Setiap pihak akan bertungkus lumus untuk menang di Kuala Besut kepada kedudukan kerusi yang amat kritikal di Terengganu. BN menang 17 kerusi dan Pakatan 15 kerusi (PAS 14 dan PKR 1). Jika BN menang, Kerajaan Terengganu masih dibawah BN dan andaikata PAS menang, jumlah kerusi akan menjadi 16-16. Ini bermakna peranan Speaker DUN amat mustahak untuk memastikan BN memerintah di Terengganu. Kemenangan BN dengan majoriti 2434 di PRU13 yang lalu tidak menjamin kemenangan PRK akan datang.
Kedudukan seri 16-16 bermakna akan wujud Kerajaan Negeri yang tergantung agak besar kebarangkaliannya serentak dengan itu akan menyebabkan berlakunya satu Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu. PAS tentunya tidak akan berdiam diri sebaliknya parti itu tentu sahaja akan menggandakan usaha meraih undi bagi meningkatkan peluang merampas DUN Kuala Besut dari BN.
Penulis berdoa PRK ini memihak kepada BN dan ini masih belum selamat kerana DS Anwar Ibrahim akan menjadi `jurujual politik’ untuk membeli ahli DUN BN dan menjadi DUN Bebas memihak PAS/PKR. Macam macam boleh berlaku. Ahli DUN yang tidak berpuashati dengan MB Terengganu (mungkin tidak dilantik EXCO) boleh menjadi duri dalam daging kepada BN. Ganjaran besar boleh mengelapkan mata DUN BN. Mereka hanya perlukan 2 – 3 orang ahli DUN BN dan Kerajaan akan bertukar. Jesteru itu, seluruh ahli DUN BN Terengganu perlu bersatu pada saat ini. Elakkan perpecahan. DS Najib dan TS Muhyiddin perlu memberikan mereka semangat dan nasihat dan rajin berkerja.
Kempen PRK Kuala Besut sudah bermula. Siapa yang nak dicalonkan, biarlah PM yang tentukan. BN Negeri berilah input yang benar dan winnable candidate. Kepada ahli DUN yang lain, jagalah kesihatan dan keselamatan diri. Pandu kenderaan baik baik. Biar lambat asal selamat. BN tidak di dalam `position’ kehilangan seorang atau dua orang Ahli DUN lagi. 

No comments:

Post a Comment