Tuesday 25 June 2013

DATUK GHANI OTHMAN PENGERUSI SIME DARBY.




Diberitakan Datuk Abd Ghani Othman telah di lantik menjadi Pengerusi Sime Darby mulai 1 Julai 2013 ini. Beliau mengantikan Tun Musa Hitam, orang Johor juga.

Harapan penulis agar beliau dapat membawa Sime Darby kearah kejayaan yang lebih tinggi dan global.Penulis harap pembaziran, penyelewengan, kerugian dan amalan rasuah dapat dikurangkan atau dihapuskan. Penulis percaya rasuah peladangan adalah lebih tinggi dari segi kadar, amaun, kekerapan dan keperancangan nya daripada amalan rasuah di kalangan PDRM, Imigesen, JPJ mahupun Puspakom.

Nasib baik lah Sime Darby menafikan penglibatannya di dalam pembakaran terbuka di Sumatera dan jerebu di Malaysia. Jikalau tidak, Datuk Ghani akan dibebani dengan masalah dengan Kerajaan Indonesia dan Malaysia yang bercadang mengambil tindakan undang undang.


Datuk Seri Mohd Ali Rustam belum lagi diberikan tugasan oleh DS Najib Tun Razak. Ada masalah ke? 

No comments:

Post a Comment