Monday 24 June 2013

SPNB PERLU BERIMEJ DAN INOVASI BARU

    
SPNB baru mendapat Pengerusi baru ialah Datuk Dr Latiff Ahmad, Ahli Parlimen Mersing dan Mantan Timbalan Menteri Pertahanan.

YB Dr Latiff kurang menyerlah dalam prestasinya disebabkan kedudukan kedua di dalam Kementerian. Inilah masanya beliau menunjukkan bakat kepimpinan. SPNB mesti menerokai approach baru.

Penulis cadangkan SPNB membantu pembangunan semula perkampungan air di Kampong datu dan Hilir di Sibu, Sarawak. Kampung Melayu ini hangus di dalam kebakaran baru baru ini.
Perumahan perkampongan air memerlukan kemahiran yang berbeza sedikit daripada perumahan di darat. Antara elemen mustahak yang perlu kepakaran ialah sistem kumbahan dan pembuangan sampah sarap untuk mengelakkan pencemaran air sungai atau laut.


Selain daripada itu, BN akan dapat memberikan kemudahan perumahan yang baik, selesa, harga berpatutan dan bilangan pengundi pro kerajaan. Sibu adalh bandar majoriti kaum Cina dan wajar bilangan pengundi Melayu dipertambahkan. Dari segi keselamatan, perkampongan air di Sabah perlu diperhatikan. Kita tidak mahu perkara buruk yang pernah berlaku di Semporna oleh Pengganas Sulu.

YB Dr Latiff berpesan baru baru ini yang SPNB memerlukan kerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan tanah yang strategik untuk pembangunan perumahan. Pembangunan di perairan lebih senang berurusan dari segi pemilikan tanah.


Inilah masa yang strategik untuk YB Dr Latiff dan SPNB membantu Kerajaan dan rakyat. Kerajaan akan mendapat mendapat dividen politikk jika perumahan air inni berjaya dilaksanakan dan memberikan impak yang baik serta besar kepada Kerajaan. Penulis harap SPNB dapat berkerjasama dengan Kerajaan Negeri serta agensi berkaitan untuk melaksanakan projek perumahan rakyat.

No comments:

Post a Comment