Friday 21 June 2013

DATIN SERI ` PROFESSOR’ ROSMAH HATI HATI APABILA BUAT PROGRAM DI KAZAKHSTAN


Semalam diberitakan bahawa Datin Seri Rosmah telah ke Kazakhstan dan berucap di Persidangan Wanita. Publisiti sebegini di dalam situasi politik yang tidak mesra dan media so...sial yang hebat, Datin Seri Rosmah kena berhati hati walaupun seminar itu banyak kebaikan. Kenapa begitu?

1. Di kuartiri fitnah yang Datin Seri ingin menjadi Perdana Menteri. Sekarang pun heboh, Datin Seri sudah digelar First Lady.

2. Di kuartiri Datin Seri menyalahgunakan kemudahan PM seperti kapal terbang peribadi, penginapan dan sebagainya. Sila berhati hati dengan hak kemudahan ini supaya pembangkang tidak ada ruang untuk menyerang PM dan Kerajaan.

3. Di kuartiri Datin Seri dikatakan menyalahkan kedudukan kerana anak perempuan beliau bertunang atau berkahwin (tidak pasti status terkini) dengan anak lelaki saudara Presiden Kazakhstan.


Penulis harap TV1,TV2,TV3,TV7,TV8, Astro 501 dan 502 tidak memberikan publisiti yang meluas kepada Datin Seri untuk kebaikan PM. Penulis rasa terpaksa melakukannya kerana ada rakyat Malaysia yang tidak bertanggongjawab di dalam pemikiran mereka dan dizahirkan di dalam media so...sial. Mereka akan memfitnah dan terus memfitnah. Menyakiti dan terus menyakiti Datin Seri.

Buat masa ini, terbang salah, berucap salah, bersukan salah, melawat salah, mengiringi PM pun salah. Ini lah nasib seorang isteri pemimpin

No comments:

Post a Comment